
sitifathimah552
5 tahun
Try test upt 3 kali 3 hari line samar
salam/hai, sy nak tanya 4hr lepas sy rase lesu,pening,penat, asyik nk tido je . then hri rabu lps ni sy muntah2 sampai harni . tp hrni sy kurang sikit muntah, tp benda lain pula muncul sprti sakit kepala , dan sakit perut seakan sengugut kjp ada kjp hilang . dan sy try beli 2 pregnant test , pd wktu ptg 28/2 sy cek nmpk double line tapi samar, 29/2 hrini wktu pg sy try lg skli , sme nmpk line samar juga,last priod sy 16/2 . jd bole jelaskan tak sy ni preg atau tak ye?

Dr Nur Syuhada binti Zulkifli,
5 tahun
Salam sejahtera, terima kasih telah mengajukan soalan.
Berdasarkan keterangan di atas, kami memahami kebimbangan puan tentang masalah yang dihadapi. Untuk pengetahuan puan, terdapat beberapa sebab ujian UPT kabur antaranya:
- Anda mengandung tetapi hormon terlalu rendah untuk dikesan
- Kerosakan alat ujian kehamilan
- Salah cara penggunaan alat ujian kehamilan
- Anda hamil kembar : dalam kedaan ini, kehamilan kembar menyebabkan kandungan hormon terlalu tinggi dan tidak dapat dibaca oleh alat ujian kehamilan
- Kehamilan ektopik (luar rahim) : Ini adalah merbahaya dan perlu segera dikesan.
- Kehamilan bermasalah seperti ectopic pregnancy dan molar pregnancy.
Jawapan ini adalah keterangan am tentang masalah yang puan hadapi. Untuk mengetahui punca sebenar kepada masalah yang puan hadapi, maklumat lanjut adalah diperlukan sebelum kesimpulan boleh dibuat. Oleh itu, adalah amat disarankan untuk merujuk masalah ini kepada doktor. Sila klik pada link ini (DoctorOnCall) untuk bercakap dengan pihak kami secara peribadi melalui atas talian. Terima kasih