
Sulit
4 tahun
Tuan/Puan, Kalau hisap ganja, kemudian datang ke hospital untuk buat HIV test, keputusan HIV itu dapat kesan GANJA atau tidak dalam result HIV test tu.. Minta jasa baik untuk beri penjelasan ya tuan/puan.. Terima kasih
Tuan/Puan, Kalau hisap ganja, kemudian datang ke hospital untuk buat HIV test, keputusan HIV itu dapat kesan GANJA atau tidak dalam result HIV test tu… Minta jasa baik untuk beri penjelasan ya tuan/puan… Terima kasih

Dr Nur Syuhada binti Zulkifli,
4 tahun
Selamat sejahtera. Terima kasih atas soalan yang dituju.
Kami memahami kebimbangan anda tentang perkara ini. Untuk pengetahuan anda, ujian saringan untuk mengenal pasti kandungan dadah yang berada dalam badan adalah melalui urin/air kencing, manakala bagi HIV, ujian darah merupakan satu prosedur yang digunakan dalam pelbagai jenis pemeriksaan bergantung kepada indikasi. Jika pemeriksaan darah anda tidak merangkumi HIV maka ia tidak akan dapat untuk menilai status jangkitan.
Bagi mengesahkan jangkitan HIV, beberapa jenis ujian darah boleh digunakan seperti:
- Ujian asid nukleik boleh mengesan jangkitan HIV 10-33 hari selepas pendedahan.
- Ujian kombinasi antigen/antibodi bagi darah yang diambil dari vena boleh mengesan jangkitan HIV 18-45 hari selepas pendedahan. Ujian menggunakan darah dari jari telunjuk mengambil masa yang lebih lama untuk mengesan HIV (18-90 hari selepas pendedahan).
- Ujian antibodi biasanya mengambil masa 23-90 hari untuk mengesan jangkitan HIV. Kebanyakan ujian cepat dan ujian rumah yang boleh dibeli adalah jenis ujian antibodi.
Anda boleh mengunjungi klinik kesihatan kerajaan atau klinik swasta untuk diuji. Jawapan ini adalah keterangan am tentang masalah yang anda hadapi. Sekiranya anda ingin mengetahui perkara ini dengan lebih mendalam, anda boleh klik link ( DoctorOnCall ) untuk berhubung dengan doktor pakar kami secara peribadi. Terima kasih