Sulit
6 tahun
Tukar perancang depo kepada pil perancang
Saya ingin menukar perancang depo kepada pil perancang. Adakah saya boleh terus ambil pil perancang setelah habis tempoh suntikan terakhir. Contoh temujanji suntik depo pada 23/10 tetapi saya nk tukar ke pil perancang. Adakah saya boleh start makan pil perancang pada 23/10 atau kena tunggu period dulu baru boleh start makan?
Dr Nur Syuhada binti Zulkifli,
6 tahun
Salam sejahtera, terima kasih atas soalan yang diajukan.
Jawapan ini adalah keterangan am tentang masalah yang anda hadapi. Sila klik pada link ini (DoctorOnCall) untuk bercakap dengan pihak kami.
Berdasarkan keterangan di atas, kami memahami kebimbangan anda tentang gejala/masalah yang dihadapi. Untuk makluman pihak anda/puan/tuan, anda disarankan untuk mengambil pil pertama itu pada 23/10 tanpa menunggu haid anda yang seterusnya.
Walaubagaimanapun, terdapat beberapa kondisi yang tidak membenarkan anda untuk mengambil pil perancang ini seperti:
- Migraine
- Darah tinggi
- Darah beku pada saluran darah badan
Oleh itu, anda disarankan untuk merujuk masalah ini dengan lebih lanjut kerana maklumat tambahan serta pemeriksaan adalah diperlukan sebelum kesimpulan dan rawatan dapat diberikan. Anda boleh klik pada link (DoctorOnCall) ataupun pada link (DoctorOnCallEPharma) untuk bercakap dengan pihak kami atau farmasi kami secara atas talian. Privasi anda akan kami jaga. Terima kasih.



































