Sulit
5 tahun
Tukar waktu makan pil perancang
Hai dr. Saya baru memulakan makan pil perancang hari ni kerana saya tidak meneruskan lagi suntikan depo kerana masalah period yang berpanjangan dan ianya telah dipersetujui hasil perbincangan dengan nurse perancang keluarga.Saya ingin bertanya, Sekiranya saya ambil pil tersebut jam 10.15 pg untuk hari ini, bolehkah esok saya mengambil jam 8 malam. Ini kerana saya memikirkan minggu depan sudah mula umat islam berpuasa.saya tidak boleh mengambilnya jam 10.15 pagi lagi. Terima kasih dr.
5 tahun
Salam sejahtera, terima kasih atas soalan yang diajukan.
Jawapan ini adalah keterangan am tentang masalah yang anda hadapi. Sila klik pada link ini (DoctorOnCall) untuk bercakap dengan pihak kami.
Berdasarkan keterangan yang anda berikan, maklumat yang diberikan tidak mencukupi bagi memberikan jawapan yang dikehendaki. Terdapat pelbagai soalan mengenai sejarah kesihatan anda yang perlu ditanyakan serta jenis pil perancang yang anda ambil kerana terdapat perbezaan pada jenis-jenis pil perancang dan waktu yang perlu diambil.
Oleh itu, anda disarankan untuk merujuk masalah ini dengan lebih lanjut kerana maklumat tambahan serta pemeriksaan adalah diperlukan sebelum kesimpulan dan rawatan dapat diberikan. Anda boleh klik pada link (DoctorOnCall) ataupun pada link (DoctorOnCallEPharma) untuk bercakap dengan pihak kami atau farmasi kami secara atas talian. Privasi anda akan kami jaga. Terima kasih.


































