
Sulit
4 tahun
Tukar waktu pil perancang dari pagi ke malam
sya dah sebulan makan pil perancang dan untuk bulan kedua ni saya rasa nak tukar waktu mkn ke malam. sebab bila makan pagi saya hampir takleh buat keja seharian sebab sakit kepala. kalau malam rasanya takpe. tapi untuk paket bru ni saya dh mula makan tadi, saya makan waktu pagi. kalau esok dan hari seterusnya saya makan waktu malam boleh ke? saya makan pil perancang jenis regulon

Dr Nur Syuhada binti Zulkifli,
4 tahun
Salam sejahtera, terima kasih atas soalan yang anda ajukan.
Jawapan ini adalah keterangan am tentang masalah yang anda hadapi. Sila klik pada link ini (DoctorOnCall) untuk bercakap dengan pihak kami.
Pil ini mempunyai 21 pil aktif dan 7 pil peringatan. Sebaiknya, pil ini dimulakan pada hari pertama haid dan diambil secara berterusan untuk 28 hari. Anda disarankan untuk mengambil pil ini pada masa yang sama setiap hari untuk meningkatkan keberkesanan pil perancang ini. Setelah habis satu pek pil ini, mulakan lagi satu pek baru pada hari yang seterusnya.
Kekalkan kebahagiaan rumah tangga anda dengan mendapatkan perancangan keluarga yang terbaik
Jawapan ini adalah keterangan am tentang masalah yang anda hadapi. Untuk mengetahui kaedah perancang yang paling sesuai untuk anda, anda amat disarankan untuk merujuk masalah ini kepada doktor.
Anda juga boleh klik pada link ini (DoctorOnCall) untuk bercakap dengan pihak kami secara peribadi melalui atas talian bagi mendapatkan penerangan dan nasihat atau rawatan yang diperlukan . Terima kasih.