
snzd1205
5 tahun
Tulang berbunyi seperti meletup
Saya berumur 21 tahun. Setiap kali saya solat, kaki saya akan berbunyi dengan kuat macam bunyi meletup. Bunyi yang kuat buat saya malu kalau solat di tempat luar. Adakah kerana tulang saya lemah? Sebab saya memang tidak minum susu. Adakah itu menjadi punca?

Dr Nur Syuhada binti Zulkifli,
5 tahun
Salam sejahtera, terima kasih atas soalan yang diajukan.
Jawapan ini adalah keterangan am tentang masalah yang anda hadapi. Sila klik pada link ini (DoctorOnCall) untuk bercakap dengan pihak kami.
Berdasarkan keterangan yang anda berikan, tulang lutut berbunyi boleh disebabkan:
- Fisiologi (fungsi normal organisma hidup dan bahagiannya) apabila sendi bergerak
- Pergeseran antara meniskus lutut akibat kurang cecair dalam sendi
- Kerapuhan tulang
- Bunyi ligamen atau tendon sentap
Sekiranya masalah ini berlanjutan serta memudaratkan kesihatan anda, anda disarankan untuk merujuk masalah ini dengan lebih lanjut kerana maklumat tambahan serta pemeriksaan adalah diperlukan sebelum kesimpulan dapat dibuat. Anda boleh klik pada link (DoctorOnCall) untuk menghubungi doktor ataupun pada link (DoctorOnCallEPharma) untuk bercakap dengan pihak farmasi kami secara atas talian. Privasi anda akan kami jaga. Terima kasih.