
nadia_nanacutie
5 tahun
Tulang pelvis berbunyi
Doktor, mengapakah tulang pelvis saya berbunyi ketika berjalan dan akan lenguh kalau berjalan terlalu lama…sekarang saya sudah empat hari sakit belakang…ada kait mengait dengan tulang pelvis saya ke doktor?

5 tahun
Salam sejahtera, terima kasih atas soalan yang anda ajukan.
Jawapan ini adalah keterangan am tentang masalah yang anda hadapi. Sila klik pada link ini (DoctorOnCall)untuk bercakap dengan pihak kami.
Sendi menyambungkan dua atau lebih tulang. Otot dan tisu mengelilingi sendi dan tulang. Untuk makluman anda, terdapat beberapa punca yang boleh menyebabkan sakit belakang antaranya:
- Otot belakang yang terseliuh
- Ketegangan otot belakang
- Masalah struktur tulang belakang
- Radang pada sendi
- Slip disc
- Masalah pada organ sekitar pinggang seperti:
Batu karang pada saluran buah pinggang
Ovulasi boleh menyebabkan kesakitan pada pinggang
Tulang pelvis dan tulang kaki menampung berat badan bersama dengan tulang belakang. Jika tulang pelvis dan kaki terjejas, maka tulang belakang akan turut terjejas. Dalam kebayakan kes kedua-dua masalah ini saling berkait namun dalam kes-kes yang lain, mereka tiada kaitan.
Bagi merawat masalah ini, puncanya haruslah diketahui. Oleh itu, anda disarankan untuk merujuk masalah ini dengan lebih lanjut kerana maklumat lebih mendalam harus diperolehi sebelum kesimpulan boleh dibuat. Tambahan pula kesakitan ini mengganggu aktiviti harian anda, maka amat perlu untuk anda mendapatkan penyelesaiannya. Sila klik pada link ini (DoctorOnCall) untuk bercakap dengan doktor kami secara atas talian bagi konsultasi peribadi. Terima kasih.