
Sulit
4 tahun
Tulang pinggul tengah saya sakit
Pada tahun 2010 terjadi hentakkan kuat di bahagian tulang pinggul tengah dan berulang hentakkan pada 2 minggu selepas tu, saya terduduk di bucu kaki whiteboard dua kali, saya tidak memberitahu keluarga saya dan tidak ke klinik utk cek, ia terjadi 10 tahun lepas tapi masih sakit sehingga sekarang, jika saya duduk terlalu lama tulang tengah saya akan tersentak mengakibatkan saya sukar berjalan utk 1 minit, kadang2 ia berdenyut tanpa sebab dalam 2 ke 3 hari dan hilang, ianya berulang2 tanpa kira waktu, apa yg patut saya buat?

Dr Nur Syuhada binti Zulkifli,
4 tahun
Salam sejahtera, terima kasih atas soalan yang dituju.
Berdasarkan masalah yang anda perihalkan di atas, kemungkinan masalah tulang pinggul anda adalah disebabkan oleh beberapa perkara iaitu:
- Keradangan pada sendi tulang pinggul yang disebabkan oleh kecederaan berikut
- Terdapat masalah sendi tulang pinggul yang terkehel tetapi tidak dirawat dan menyebabkan ia menjadi fibrosed, dimana ligament yang terlibat telah menjadi keras dan memudaratkan pergerakan.
- Penyakit tulang am seperti Osteoarthritis ataupun kekurangan kalsium dan sebagainya. Ia juga boleh dikaitkan dengan ketidakseimbangan hormon wanita ataupun penyakit reproduktif wanita.
Oleh itu, kami sarankan anda untuk berjumpa dengan doktor anda bagi mengenalpasti punca masalah dan mendapatkan rawatan yang sewajarnya untuk masalah tulang pinggul anda.
Jika anda mempunyai sebarang pertanyaan tambahan, anda boleh klik pada link ini (DoctorOnCall) untuk bercakap dengan pihak kami secara peribadi melalui atas talian bagi mendapatkan penerangan dan nasihat atau rawatan yang diperlukan. Jawapan ini adalah keterangan am tentang masalah yang anda hadapi. Terima kasih.