
Sulit
4 tahun
Tulang rusuk kanan membesar dan berlekuk seperti ada benjolan
Selamat sejahtera Doktor. Saya lelaki berumur 26 tahun. Saya mengalami masalah pada tulang rusuk saya. Tulang rusuk kanan saya membengkak selama 1 bulan. Dan baru baru ini saya perasan benjolan pada tulang rusuk saya semakin membesar dan seperti berlekuk. Boleh dr. Terangkan tentang masalah yang saya hadapi?

Dr Nur Syuhada binti Zulkifli,
4 tahun
Salam sejahtera, terima kasih atas soalan yang diajukan.
Berdasarkan keterangan di atas, kami memahami kebimbangan anda tentang masalah yang dihadapi. Namun, pertama sekali saya ingin memastikan asal dari mana benjolan tersebut berlaku. Ia mungkin berasal dari kulit, otot, nod limfa dan sebagainya. Oleh kerana punca benjolan tersebut tidak diketahui saya serta maklumat adlaha tidak mencukupi saya tidak dapat untuk menerangkan masalah yang anda hadapi.
Untuk makluman pihak anda, masalah ini boleh disebabkan oleh pelbagai perkara. Antaranya:
Cyst / kista
Abses atau nanah
Gumpalan tisu fiber
Gumpalan tisu lemak
Kelenjar bengkak
Foliculitis
Jawapan ini adalah keterangan am tentang masalah yang anda hadapi. Untuk mengetahui punca masalah yang anda hadapi dengan tepat, maklumat lanjut serta pemeriksaan adalah diperlukan sebelum kesimpulan boleh dibuat. Oleh itu, anda amat disarankan untuk merujuk masalah ini kepada doktor terutama sekali kerana ia membesar dalam jangka masa sebulan ini.
Anda juga boleh klik pada link ini (DoctorOnCall) untuk bercakap dengan pihak kami secara peribadi melalui atas talian bagi mendapatkan penerangan dan nasihat atau rawatan yang diperlukan. Terima kasih.