
Sulit
4 tahun
Tulang rusuk kanan timbul
Dokter. Saya lelaki berumur 24 tahun. Baru2 ini saya terasa Sakit di dada semasa bernafas. Dan saya dapati Tulang rusuk dlm saya timbul seperti bengkak tetapi bila ditekan tidak sakit. Cuma semasa menarik nafas dan gerakkan badan sahaja Sakit seperti dicucuk di bahagian dalam. Sekarang sakit tu menjalar ke tangan kanan saya sehingga Nampak urat2 tangan timbu… Boleh beri penjelasan tentang masalah yang saya alami ni? Terima kasih

4 tahun
Salam sejahtera, terima kasih atas soalan yang diajukan.
Berdasarkan keterangan di atas, kami memahami kebimbangan anda tentang gejala/masalah yang dihadapi. Untuk makluman pihak tuan, masalah sakit dada yang tuan alami boleh disebabkan oleh pelbagai perkara. Antaranya:
- Pedih ulu hati disebabkan oleh gangguan asid dari perut
- Sakit bahagian abdomen yang merebak hingga ke dada
- Sakit luaran seperti otot, sendi dan tulang rusuk
- Penyakit berkaitan paru-paru seperti asma, jangkitan paru-paru
- Serangan jantung
- Gangguan emosi
Untuk mengetahui punca masalah yang anda hadapi dengan tepat, maklumat lanjut adalah diperlukan sebelum kesimpulan boleh dibuat. Oleh itu, anda amat disarankan untuk merujuk masalah sakit di dada kepada doktor. Klik pada link ini (DoctorOnCall) untuk bercakap dengan pihak kami secara peribadi melalui atas talian bagi mendapatkan penerangan dan nasihat atau rawatan yang diperlukan. Jawapan ini adalah keterangan am tentang masalah yang anda hadapi. Terima kasih.