
Sulit
3 tahun
Tulang rusuk sakit sebelah kanan selama 3 hari,kerja rumah pun 5erganggu,nak jaga anak pun susah sebab susa nak bergerak
Saya ibu berumur 23 tahun,baru satu anak… termasuk hari ini da 3 hari rasa sakit dekat tulang rusuk,rasa sakit bila begerak,batuk,ketawa… ia membuatkan kerja saya terganggu. Bila nak baring pun sakit,susah nak cari posisi tidur bila dapat sakit begini… saya rasa macam mahu demam tapi tak juga…masa mandi pun susah nak tunduk/angkat tangan kanan.

3 tahun
Salam sejahtera, terima kasih atas soalan anda.
Kami memahami kebimbangan anda, kami akan cuba membantu anda.
Untuk makluman anda, gejala anda mengalami tersebut, sakit tulang rusuk sebelah kanan, susah bergerak untuk 3 hari boleh disebab oleh beberapa perkara, contohnya:
- Penyakit radang otot atau sendi tulang rusuk
- Trauma tulang rusuk atau otot sekitar
- Jangkitan
- Penyakit paru-paru seperti keradangan, parut dan selainnya
- Gangguan saraf atau saluran darah
Untuk mengetahui punca penyebab gejala anda, terangan dan sejarah yang jelas diperlukan, serta periksaan dan penyelidikan lebih lanjut. Oleh itu, anda perlulah merujuk masalah ini kepada doktor dengan lanjut supaya rancangan rawatan yang sesuai dapat dibincang.
Anda juga boleh menghubungi kami untuk konsultasi secara atas talian agar kami boleh membantu anda.
Kami berharap jawapan ini membantu anda.
Terima kasih.
Sila klik pada link ini untuk bercakap dengan doktor.
Sila klik pada link ini untuk bercakap dengan Pakar Tulang.