
Sulit
3 tahun
Tulang rusuk sebelah kanan
Saya wanita berumur 22 tahun… sejak 2 minggu selepas vaksin dan kebelakangan nihh kadang2 saya terasa nyeri di bhagian tulang rusuk sebelah kanan dan atas dada juga terasa nyeri dlm masa yang singkat sahaja… apakah yang dialami oleh saya doktor?

Dr Nur Syuhada binti Zulkifli,
3 tahun
Salam Sejahtera,
Terima kasih kerana mengajukan soalan anda.
Kami memahami kerisauan anda mengenai perasaan nyeri pada tulang rusuk sebelah kanan dan juga dada. Kami akan cuba membantu anda.
Untuk makluman anda, masalah anda boleh disebabkan oleh perkara-perkara seperti berikut :
- Inflamasi tulang rusuk
- Pleuritis
- Radang paru-paru
- Keresahan
- Pankreatitis
- Masalah batu hempedu
Jawapan ini adalah secara umum tentang punca-punca untuk masalah anda. Kami menasihatkan anda untuk merujuk kepada doktor untuk mengetahui punca sebenar masalah anda dan rawatannya jika perlu. Anda boleh menghubungi doktor kami secara atas talian supaya anda dapat dibantu dengan lebih lanjut.
Kami berharap jawapan ini dapat membantu anda.
Terima kasih.
Klik di sini untuk bercakap dengan doktor.