
Sulit
4 tahun
Tumbuh biji di payudara
Hai…Saya berumur 19 thun, saya ingin bertanya kenapa ada biji di bahagian puting saya dan apabila saya tekan dia megeluarkn cecair berwarna putih selepas 3 hari biji tu x hilang… boleh beri penjelasan?

Dr Nur Syuhada binti Zulkifli,
4 tahun
Salam sejahtera, terima kasih atas soalan yang diberi.
Kami memahami kebimbangan anda mengenai masalah ketumbuhan biji di bahagian puting yang mengeluarkan cecair berwarna putih jika ditekan.
Untuk makluman anda, gejala yang anda alami tersebut boleh disebabkan oleh beberapa pekara:
- Jerawat kulit
- Penghasilan abses dalam puting (Subaerolar abscess)
- Folikel rambut yang tersumbat
- Jangkitan kuman atau kulat
- Hiradenitis Suppurativa : kondisi keradangan kelenjar peluh dan ia boleh berada pada puting.
- Lecetan susu payu dara.
- Kanser payu dara.
Anda harus berjumpa dengan doktor anda sekiranya anda mengalami:
- Keletihan dan tidak bermaya
- Sakit payu dara
- Ketumbuhan kelenjar limpa di kawasan ketiak
- Sekiranya benjolan tersebut berlarutan dan semakin teruk
- Sekiranya benjolan tersebut mengeluarkan kekuningan seperti nanah.
Sila klik pada link ini (DoctorOnCall) untuk bercakap dengan pihak kami secara peribadi melalui atas talian bagi mendapatkan penerangan dan nasihat atau rawatan yang diperlukan. Jawapan ini adalah keterangan am tentang masalah yang anda hadapi. Terima kasih.