
Sulit
3 tahun
Tumbuh biji putih seperti kulit lebih di kepala zakar
saya lelaki berumur 18….di kepala zakar saya timbul biji putih seperti kulit lebih…pada awalnya sikit dah berapa lama dia tumbuh banyak…apakah jenis penyakit itu? adakah berbahaya dan bagaimana cara untuk mencegah daripada merebak?

3 tahun
Salam sejahtera, terima kasih atas soalan anda.
Kami memahami kebimbangan anda, kami akan cuba membantu anda.
Untuk makluman anda, biji putih pada zakar boleh disebab oleh beberapa perkara, contohnya jerawat pada kemaluan, jangkitan kulit sebab kebersihan kurang memuaskan, alahan pada pakaian atau produk pembersih, kecederaan kulit zakar, sista berminyak dan selainnya. Kejadian ini amat umum, tidak semestinya berbahaya, kami perlu mengetahui puncanya sebelum memberi rawatan kepada anda.
Untuk mengetauhi punca penyebab gejala anda, terangan dan sejarah yang jelas diperlukan, serta periksaan dan penyelidikan lebih lanjut. Oleh itu, anda perlulah merujuk masalah ini kepada doktor dengan lanjut supaya rancangan rawatan yang sesuai dapat dibincang.
Anda juga boleh menghubungi kami untuk konsultasi secara atas talian agar kami boleh membantu anda.
Kami berharap jawapan ini membantu anda.
Terima kasih.
Sila klik pada link ini untuk bercakap dengan doktor.
Sila klik pada link ini untuk bercakap dengan Doktor Pakar Urologi.