Sulit
3 tahun
Tumbuh bji-biji di belakang lidah
Hi saya lelaki berumur 20 an. Saya agak kerap melakukan oral seks, sehari yg lepas saya dapati kerongkong saya agak kurang selesa dan mendapati ada ketumbuhan biji-biji di bahagian belakang lidah. Apa patut saya buat?
Saya ada membuat carian maklumat tetapi terlalu banyak kemungkinan yg menyebabkan saya buntu untuk mendapatkan rawatan. harap doctoroncall dapat membantu saya.
Dr Nur Syuhada binti Zulkifli,
3 tahun
Salam sejahtera, terima kasih atas soalan yang diajukan.
Berdasarkan keterangan di atas, kami memahami kebimbangan anda tentang masalah yang anda dihadapi. Namun begitu, maklumat yang diberikan tidak mencukupi untuk pihak saya memutuskan apakah sebenarnya bintik di dalam mulut anda. Namun ia harus disokokng dengan gejala lain serta ujian pemeriksaan yang lebih lanjut sebelum diagnosis yang tepat dapat dibuat. Antaranya:
- Penggunaan ubat tertentu yang boleh menyebabkan jangkitan kulat
- Oral thrush
- Leukoplakia
- Lichen planus dalam mulut
- Kanser mulut
- Kanser lidah
- Sifilis
- Imuniti badan yang rendah disebabkan oleh penyakit HIV/AIDS
Namun begitu, jawapan ini adalah keterangan am tentang masalah yang anda hadapi. Untuk mengetahui punca masalah yang anda hadapi dengan tepat, maklumat lanjut adalah diperlukan sebelum kesimpulan boleh dibuat. Oleh itu, anda amat disarankan untuk merujuk masalah ini kepada doktor. Klik pada link ini (DoctorOnCall) untuk bercakap dengan pihak kami secara peribadi melalui atas talian bagi mendapatkan penerangan dan nasihat atau rawatan yang diperlukan. Terima kasih.