
nurfarah.illa
5 tahun
tUPT POSITIVE TAPI KELUAR DARAH
Selamat malam.Saya farah berumur 30thn.Untuk beberapa hari sebelum ini saya mengalami sakit dibahagian puting seperti membengkak,sakit dibahagian pinggang serta demam panas on off.Saya terus mencuba UPT tapi keputusannya faint line tapi still 2 line.Hari berikutnya saya cuba lagi untuk UPT. Jawapnnya positive.Saya dah buat lebih kurang 6 hari seterusnya masih lg 2 line jadi saya assume saya pregnant.Tapi peliknya saya keluar darah seperti daging.Dan kadang2 seperti period.Sudah lebih kurang 2 hari saya keluar darah.Kenapa ye doktor?Adalah sy pregnant atau ada masalah lain.
Ohhya sebelum tu saya adw history ektopik.Tiub fallopia disebelab kiri telah dibuang.Pada thn lepas 2018 anggstwn bln April.Saya perlukan nasihat doktor

Dr Nur Syuhada binti Zulkifli,
5 tahun
Salam sejahtera, terima kasih atas soalan yang diajukan.
Jawapan ini adalah keterangan am tentang masalah yang anda hadapi. Sila klik pada link ini (DoctorOnCall)untuk bercakap dengan pihak kami.
Berdasarkan keterangan di atas, kami memahami kebimbangan anda tentang masalah yang dihadapi. Menurutt hasil UPT, jelas disini bahawa puan sedang berada dalam minggu kehamilan awal. Untuk makluman pihak puan, perdarahan diawal usia kehamilan (<22 minggu) yang terjadi dalam bentuk spotting boleh terjadi disebabkan pelbagai hal. Antaranya adalah:
- Akibat implantasi
- Perdarahan fisiologi pangkal rahim akibat pembesaran kandungan.
- Pasca persetubuhan
- Selepas ujian Pap
- Selepas ujian pelvik.
Namun, sekiranya perdarahan yang lebih banyak serta disertai daging terjadi pada usia kehamilan lewat daripada 2 minggu, ia mungkin adalah akibat masalah yang lebih serius seperti:
- Jangkitan kuman
- Kehilangan kehamilan awal
- Kehamilan ektopik.
Sebaiknya puan segera melakukan kunjungan ke doktor anda sekiranya pendarahan yang terjadi adalah banyak, terutama di awal usia kehamilan kerana dikhuatiri terjadinya hal-hal serius diatas. Berbincanglah dengan doktor anda dan dapatkan bimbingan tentang rawatan yang sesuai untuk kondisi anda.
Untuk mendapatkan penjelasan lanjut punca masalah yang anda hadapi, maklumat lanjut adalah diperlukan sebelum kesimpulan boleh dibuat. Oleh itu, anda juga disarankan untuk merujuk masalah ini kepada doktor. Sila klik pada link ini (DoctorOnCall) ataupun pada link (DoctorOnCallEPharma) untuk bercakap dengan pihak kami atau farmasi kami secara atas talian. Privasi anda akan kami jaga. Terima kasih.