
noryumni
5 tahun
Turun darah haid lebih dari 3x sebulan
Salam sejahtera docotor, saya ingin bertanya, saya mengalami masalah haid yang tidak teratur, perkara ini adalah yang oertama dalam hidup saya. Ini terjadi selepas saya melahirkan anak ke tiga, selepas habis nifas dulu, selepas melahirkan oada bulan 9tshun lrpas, bulan ini adalah untuk oertama kali saya datang bulan… Tspi datang bulan kali ini sedikit pelik untuk saya, saya keluar darah hingga 3kali sebulan haid mula2 saya adalah pada 5/3/202-9/3/2020,kemudian selamg seminggu. Keluar lgi pada 17/3/2020-20/3/2020. Kemudian selamg lagi seminggu, 27/3/2020

5 tahun
Salam sejahtera, terima kasih atas soalan yang diajukan.
Jawapan ini adalah keterangan am tentang masalah yang anda hadapi. Sila klik pada link ini (DoctorOnCall)untuk bercakap dengan pihak kami secara percuma.
Untuk makluman pihak anda, haid tidak teratur boleh disebabkan oleh pelbagai kemungkinan antaranya:
- Mengambil pil perancang kehamilan (ambil masa sebelum haid kembali normal setelah anda berhenti mengambilnya)
- Gaya hidup yang terlalu sibuk dan aktif
- Tekanan emosi
- Kekurangan berat badan atau berat badan berlebihan
- Masalah kalenjar tiroid atau pituitari
- Masalah polycystic ovarian syndrome
- Masalah pada struktur rahim, ovari atau serviks
Untuk mengetahui punca masalah yang anda hadapi dengan tepat, maklumat lanjut adalah diperlukan sebelum kesimpulan boleh dibuat. Oleh itu, anda amat disarankan untuk merujuk masalah ini kepada doktor. Klik pada link ini (DoctorOnCall) untuk bercakap dengan pihak kami secara peribadi melalui atas talian bagi mendapatkan penerangan dan nasihat atau rawatan yang diperlukan secara percuma. Terima kasih.