muhdfaizal
2 tahun
Ubat antibiotik kurang 1 biji
Selamat Sejahtera, saya sedang mengambil ubat Antibiotik jenis Co-Amoxiclav (625mg) Pharmaniaga. Jumlah total yang diberi oleh klinik adalah sebanyak 10biji, tetapi secara tidak sengaja 1 biji telah jatuh dan hilang. Jika kurang 1 biji adakah saya dikira gagal untuk melengkapkan pengambilan penuh antibiotik? adakah saya perlu mengambil semula antibiotik dari klinik? Tkasih.
4 tahun
Selamat sejahtera. Terima kasih atas soalan yang diajukan. Untuk maklumat anda, ubat antibiotik perlu dihabiskan mengikut preskripsi. Jika anda terlupa untuk mengambil ubat tersebut, disarankan untuk mengambilnya sejurus selepas anda ingat. Tetapi jika waktunya sudah hampir untuk mengambil pil yang seterusnya, dibolehkan untuk mengambil pil yang seterusnya tanpa pil yang dilupakan itu. Jika anda mengambil melebihi dos, terdapat beberapa kesan sampingan yang boleh menjadi masalah kepada anda.
Untuk mengetahui punca masalah yang anda hadapi dengan tepat, maklumat lanjut adalah diperlukan sebelum kesimpulan boleh dibuat. Oleh itu, anda amat disarankan untuk merujuk masalah ini kepada doktor. Klik pada link ini (DoctorOnCall) untuk bercakap dengan pihak kami secara peribadi melalui atas talian bagi mendapatkan penerangan dan nasihat atau rawatan yang diperlukan. Jawapan ini adalah keterangan am tentang masalah yang anda hadapi. Terima kasih.