Arny

6 tahun

Ubat apakah yang patut saya beli untuk sakit tekak dan gatal-gatal?

Selamat pagi doktor, saya terbaca baru-baru ini ada ubat untuk sakit tekak yang boleh saya beli di farmasi. Saya batuk, selsema dan sakit tekak selama 3 hari dan semakin teruk. boleh doktor cadangkan ubat apa patut saya beli untuk sakit tekak dan gatal2? tq doktor

Dr Ramzdhan,

6 tahun

Selamat pagi.

Batuk dan selesema merupakan salah satu gejala penyakit yang paling biasa di dunia. Adalah dianggarkan bahawa setiap orang dewasi akan menghidap penyakit batuk dan selesema 2 hingga 5 kali setahun manakala kanak-kanak akan mempunyai kadar yang lebih tinggi. Terdapat pelbagai punca yang menyebabkan batuk dan selesema tetapi punca yang paling utama adalah jangkitan virus. Virus seperti rhinovirus dan coronavirus boleh menjangkiti bahagian hidung, tekak, sinus dan laring. Batuk dan selesema merupakan manifestasi sistem pertahanan badan untuk membuang kuman dari badan. Mekanisme ini membantu pesakit mengeluarkan kahak dan lendir di saluran pernafasan serta membersihkan paru-paru dari kuman dan benda asing yang lain.

Secara amnya, batuk dan selesama tidak mempunyai ubat yang khusus untuk rawatan. Ubat hanya digunakan untuk melegakan gejala batuk dan selesema. Batuk biasanya terjadi apabila lendir atau kahak melekit di belakang tekak. Oleh itu, ubat cair kahak seperti bromhexine atau ubat membuang kahak seperti guaifenesin adalah berguna untuk membantu mengeluarkan kahak. Antihistamine seperti loratidine (tidak mengantuk) dan chlorpheniramine (mengantuk) merupakan ubat alahan dan ia membantu mengurangkan gejala selesema seperti bersin, hidung berair dan gatal. Jika anda mengalami simtom seperti hidung tersumbat, ubat yang mengandungi pseudoephedrine boleh digunakan untuk membuka saluran pernafasan hidung. Sakit tekak adalah disebabkan oleh jankitan kuman atau batuk berlebihan. Terdapat pelbagai ubat lozenge seperti Difflam, Strepsils atau Mac yang boleh melegakan sakit tekak. Ubat tahan batuk adalah tidak digalakkan tetapi ubatan seperti dextrometrophan boleh digunakan sekiranya anda menghidap batuk yang teruk. Pastikan anda berbincang dengan doktor atau pegawai farmasi tentang dos pengambilan ubatan anda untuk mengelakkan kesan sampingan dari ubatan tersebut.

Selain mengambil ubatan seperti yang disyorkan oleh doktor atau pegawai farmasi, anda juga digalakkan untuk mendapatkan rehat yang cukup serta minum air yang banyak. Jaga kebersihan diri dengan mencuci tangan sehingga bersih dan memakai face mask. Jauhi tempat yang orang ramai. Batuk dan selesama biasanya akan pulih sepenuhnya dalam masa satu hingga dua minggu.

Salam sejahtera dan terima kasih untuk soalan anda. Simptom-simptom yang anda ada merupakan jangkitan saluran pernafasan.

Jangkitan virus ini akan sembuh sendiri dalam 1-2 minggu, namun jangkitan bakteria memerlukan antibiotik yang diberikan oleh doktor. Tujuan kita memberi rawatan untuk jangkitan virus adalah supaya kita boleh bantu melegakan simptom dan mengelakkan komplikasi. Sekarang, persoalan anda adalah ubat yang boleh dibeli di farmasi untuk sakit tekak dan gatal tekak. Untuk sakit tekak, anda boleh mengambil lozenge seperti Difflam. Bagi mengurangkan simptom selesema seperti yang anda alami iaitu gatal dan hidung berair, anda boleh menggunakan ubat antihistamin.

Sekarang, saya tidak pasti anda sedang mengalami batuk berkahak ataupun tidak berkahak. Jika ianya bukan berkahak (batuk kering), anda boleh membeli ubat penahan batuk (contohnya, dextromomethorpan). Untuk batuk berkahak pula, anda memerlukan sesuatu yang boleh membantu mengeluarkan kahak dengan batuk, dan untuk itu anda memerlukan ekspektoran (contoh, gualfenesin). Ubat seterusnya adalah dekongestan (contohnya, pseudoephedrine dan oxymetazoline) yang berfungsi untuk mengeluarkan mukus dan melegakan hidung tersumbat. Saya juga hendak nasihatkan anda untuk berjumpa dengan doktor jika simptom anda belum sembuh selepas seminggu. Kami di sini mengharapkan yang terbaik untuk anda.

Tahukah anda sistem imun juga memainkan peranan dalam keberkesanan vaksin?

Mencegah adalah lebih baik daripada mengubati. Adakah anda sedia untuk melawan jangkitan? Ketahui dalam 5 minit!

Forum Kesihatan

Terokai soalan berkaitan kesihatan.
Ejakulasi Pramatang (409) URTI (222) Mati Pucuk (763) Gonorea (146) Kulat di Faraj (293) Sakit Kepala (3143) Sifilis (247) Penyakit Kelamin (2391) Migrain (129) Chlamydia (27) Haid Tidak Teratur (5282) Pil Perancang Kecemasan (1258) Keputihan (1654) Demam (1404) Sesak Nafas (2099) Sakit Tekak (1403) Penuaan (16) Darah Tinggi (418) Keracunan Makanan (43) Badan Gemuk (87) Jerawat (414) Ketuat (150) Tonsil (210) Kurap (104) Kencing Manis (527) Pedih Ulu Hati (204) Herpes (207) Kandidiasis (16) Ekzema (30) Perancangan Keluarga (2550) Kehamilan (4990) HIV (859) Tiroid (420) Kolesterol Tinggi (145) Haid Lewat (4282) Haid Berlebihan (398) Sakit Badan (1493) Kurang Berat Badan (226) Haid Berpanjangan (1856) Kesihatan Am (4078) Insomnia (210) Hipotensi (49) Sinusitis (87) Buasir (523) HPV (93) Kutu (17) Haid Sakit (523) Strok (107) Hepatitis A (9) Hepatitis B (117) Hepatitis C (33) Penyakit Jantung (541) Psoriasis (39) Gallstone (9) Sakit Tumit (165) Cara Berhenti Merokok (104) ENT (2375) Kesihatan Seksual (5517) Sakit Dada (2572) Sakit Mata (880) Ujian Kehamilan (1396) Penyakit Kulit (3772) Najis Abnormal (664) Sakit Perut (3867) Sakit Lutut (402) Masalah Kencing (2283) Sakit Payudara (972) Kesihatan Kanak-Kanak (2437) Kesihatan Mental (2101) Gigi & Gusi (1162) Jangkitan Coronavirus (7011) Fibroid (64) Batuk (940) Sakit Telinga (220) Sakit Pinggang (562) Ubat-Ubatan (1652) Darah Nifas (68) Najis Berdarah (397) Keguguran (371) Selsema (152) Mual & Muntah (451) Kebas (614) Tidak Datang Haid (464) Asid Refluks (74) Gastrik (212) Sakit Belakang (494) Sakit Tulang (454) Sakit Otot (158) Pendarahan Coklat (390) Pendarahan Spotting (502) Lebam (20) Kesihatan Am Wanita (2082) Sakit Mulut (228) Derma Darah (52) Anemia (120) Sembelit (274) Kesihatan Rambut (264) Mulut Berbau (43) Dehidrasi (4) Tidur Berdengkur (23) Masalah Tidur (306) Cirit Birit (216) Masalah Peluh (210) Benjolan Di Kulit (882) Pitam (191) Ulser mulut (68) Selsema burung (8) Wabak bubonic (8) Pelindung muka (16) Kurang Selera Makan (132) Prosedur Perubatan (574) Makanan Tambahan (274) Pening Kepala (532) Trauma (32) Keputusan Siasatan (212) Penerangan Penyakit (525) Alahan (72) Masalah kesuburan (36) Bisul (160) Pencegahan Koronavirus (138) Kahak (248) Masalah Penglihatan (58) Asthma (38) Vitamin dan Nutrisi (231) Masalah Tangan Dan Kaki (1503) Sendawa (112) Masalah Buah Pinggang (150) Vaksin COVID-19 (1490) Ketinggian (56) Kesihatan Lelaki (742) Masalah saraf (56) Hematologi (36) Denyutan Nadi & Kesihatan Jantung (230) Hipoglisemia (2) Kesihatan Kulit (178) Hormon, Endokrin & Metabolisme Tubuh (12) Sakit Sendi (16) Apendiks (4) Penyakit Hati (8) Penerangan Vaksin (30) Resdung (4) Influenza (28) Ketumbuhan (14) Kecederaan (20) Kanser (48) Sakit Leher (116) Darah (116) Ketiak (40) Masalah Najis (12) HFMD (2) Paru - Paru (22) Hidung (12) Hempedu (10) Jahitan (28) Pembedahan (16) Penyusuan (16) Suntikan (14) Darah Putih (16) Bahu (6) Bibir (14) Autisme (4) Asid Folik (16) Pusat (2) Sawan (6) Melecur (2) Badan Berbau (2) Ruam (6) Muka (6) Tuberkulosis (2) Saringan kesihatan (2) Suplemen, Vitamin dan Mineral (2) Vaksin Denggi (52)