Sulit
2 tahun
Ubat auraselt setraline
Saya ingin dapatkan kepastian doctor berkaitan pengambilan ubat untuk rawatan OCD iaitu AURASERT SETRALINE.
Adakah ubat ini boleh di ambil oleh remaja berumur 15 tahun. Pengambilan ini adalah saranan dari doktor.
Adakah dos vaksin covid 19 boleh diambil sekiranya seseorang mengambil ubat setraline (aurasert) ini.
2 tahun
Salam Sejahtera,
Terima kasih atas pertanyaan anda.
Berdasarkan kenyataan di atas, kami memahami bahawa anak anda diberi diagnosis OCD dan kini perlu mengambil Aurasert. Nada risau ia mempunyai kesan sampinga atau bertindak balas dengan vaksin COVID-19. Kami akan cuba untuk membantu anda.
Untuk makluman anda, bahan aktif dalam ubat tersebut adalah Sertraline Hidrochloride. Ia sememangnya digunakan untuk mengubati masalah psikiatri. Ubat ini selamat tetapi masih mempunyai beberapa kesan sampingan seperti:
- mual
- muntah
- mengantuk
- jantung laju
- perasaan berdebar
Setakat ini, tiada bukti kesan sampingan COVID-19 bersama mana-mana ubat. Sertraline Hidrochloride juga tidak mempunyai kesan sampingan bersama vaksin COVID-19. Untuk makluman lanjut, sila rujuk kepada doktor kami secara atas talian. Anda juga boleh hubungi Pusat Kesiapsiagaan dan Respons Krisis (CPRC)
Talian CPRC:
0388810200
+60178429454
[email protected]
Harap jawapan ini membantu anda.
Terima kasih