
Sulit
5 tahun
Ubat cacing champs D-worms
Anak saya berumur 4 tahun dan sejak kebelakangan ini dia tidak ada selera makan dan sering memberitahu perutnya sakit (kembung ), dia hanya minum susu sahaja. Saya ada terbaca mengenai simptom kecacingan, anak saya susah makan ubat dan saya baru beli ubat cacing Champs D - Worms berperisa coklat, boleh ke saya hancurkan ubat tersebut dan masukkan dalam air milo untuk bagi dia habiskan dos tersebut dan adakah ubat cacing ada kesan sampingan

5 tahun
Salam sejahtera, terima kasih atas soalan yang diajukan.
Jawapan ini adalah keterangan am tentang masalah yang anda hadapi. Sila klik pada link ini (DoctorOnCall) untuk bercakap dengan pihak kami secara percuma.
Berdasarkan keterangan yang anda berikan, selain cacing, gejala perut sakit dan kembung perut juga boleh disebabkan alahan susu (seperti pada laktosa susu) ataupun masalah keracunan makanan. Ubat cacing yang anda berikan boleh diberikan sekali dengan air milo. Perlu diingatkan bahawa sebarang gejala penyakit adalah dengan lebih baik mendapatkan diagnosis doktor terlebih dahulu kerana dikhuatiri akan salah diagnosis yang seterusnya boleh menyebabkan kesalahan rawatan. Sekiranya masalah yang dialami anak anda masih tidak baik, anda disarankan untuk merujuk masalah ini dengan lebih lanjut kerana maklumat tambahan serta pemeriksaan adalah diperlukan sebelum kesimpulan dan rawatan dapat diberikan. Anda juga boleh klik pada link (DoctorOnCall) ataupun pada link (DoctorOnCallEPharma) untuk bercakap dengan pihak kami atau farmasi kami secara atas talian. Privasi anda akan kami jaga. Terima kasih.