
Sulit
5 tahun
Ubat cacing untuk anak
Selamat sejahtera doktor,
Pada 2 minggu yang lepas ,anak sy telah demam yg tinggi selama 3 hari,namun selepas sembuh sy dapati dia kurang makan dan sering meluahkan semula apa yang dimakan. Adakah sy patut memberikan ubat cacing kepada anak sy .Tapi dia masih lagi aktif dan bermain seperti biasa.

5 tahun
Salam sejahtera, terima kasih atas soalan yang diajukan.
Jawapan ini adalah keterangan am tentang masalah yang anda hadapi. Sila klik pada link ini (DoctorOnCall) untuk bercakap dengan pihak kami secara percuma.
Berdasarkan keterangan yang anda berikan, gejala kurang makan dan muntah yang anak anda alami boleh disebabkan beberapa faktor seperti alahan makanan, kesan demam, masalah penghadaman ataupun jangkitan dalam usus. Sebelum anda memberikan anak anda ubat-ubatan, adalah penting untuk mengetahui punca masalah ini. Oleh itu, anda disarankan untuk merujuk masalah ini dengan lebih lanjut kerana maklumat tambahan serta pemeriksaan adalah diperlukan sebelum kesimpulan dan rawatan dapat diberikan. Anda boleh klik pada link (DoctorOnCall) ataupun pada link (DoctorOnCallEPharma) untuk bercakap dengan pihak kami atau farmasi kami secara atas talian. Privasi anda akan kami jaga. Terima kasih.