
Sulit
4 tahun
Ubat dan Menyusu badan
Saya mengalami kahak tapi tidak batuk mahupun selsema. Telah ke klinik dan diberikan ubat PRIHEXINE Bromhexine HCI 8mg. Saya ingin bertanya ubat ini sesuai atau tidak diambil oleh ibu menyusu. Saya terlupa untuk memaklumkan tentang ini kepada doktor.

4 tahun
Salam sejahtera dan terima kasih kerana mengajukan soalan kepada kami
Melalui penerangan anda, saya memahami kebimbangan anda dalam hal ini. Setakat ini tiada kajian yang menyatakan ubat ini selamat ataupun tidak selamat digunakan untuk ibu yang menyusu. Oleh itu, ia tidak disarankan untuk ibu yang menyusu. Saya sarankan anda untuk berhubung dengan doktor anda dan dapatkan ubat yang lebih sesuai digunakan untuk keadaan anda.
Namun begitu ini hanyalah penerangan am dalam hal ini, saya nasihatkan anda untuk berjumpa dengan doktor untuk mendapatkan kesimpulan lebih lanjut. Anda juga boleh klik di link (DoctorOnCall) untuk berhubung dengan doktor kami secara peribadi untuk nasihat dan maklumat lebih lanjut daripada pakar. Terima kasih.