
Sulit
2 tahun
Ubat darah tinggi perindophil vs amoldiphine
Hi doctor…antara amoldiphine dengan perindophil mana yang kurang side effect…bolehkah kalau ambik dua dua…bila kah waktu terbaik makan ubat darah tinggi

Dr Nur Syuhada binti Zulkifli,
5 tahun
Salam sejahtera, terima kasih atas soalan yang diajukan.
Jawapan ini adalah keterangan am tentang masalah yang anda hadapi. Sila klik pada link ini (DoctorOnCall)untuk bercakap dengan pihak kami.
Berdasarkan keterangan di atas, kami memahami kebimbangan anda tentang masalah yang dihadapi. Untuk makluman anda, pemberian ubat darah tinggi memerlukan prescription dan penilaian oleh doktor yang memeriksa anda. Ubat ini tidak boleh diambil seenaknya tanpa preskripsi doktor. Justeru, sebaiknya anda berbincang dengan doktor tentang pengambilan ubat dan kesesuaiannya atau bertanya kepada farmasi kami.
Untuk mengetahui punca masalah yang anda hadapi dengan tepat, maklumat lanjut adalah diperlukan sebelum kesimpulan boleh dibuat. Oleh itu, anda amat disarankan untuk merujuk masalah ini kepada doktor. Sila klik pada link ini (DoctorOnCall) untuk bercakap dengan pihak kami secara peribadi melalui atas talian. Terima kasih.