
farrajanesugala
5 tahun
Ubat Gastrik Macgel dan Cemetidine
Salam dr , adakah selamat ubat gatrik ini untuk ibu hamil muda ?? kemarin saya ke klinik dan didapati saya gastrik hingga menyebabkan saya sesak nafas setelah ituu doktor klinik tersebut memberikan ubat kunyah Macgel dan ubat ditelan Cemetidine , selamat ka ubat tersebut ??

5 tahun
Salam sejahtera, terima kasih atas soalan yang diajukan.
Jawapan ini adalah keterangan am tentang masalah yang anda hadapi. Sila klik pada link ini (DoctorOnCall) untuk bercakap dengan pihak kami secara percuma.
Berdasarkan keterangan di atas, kami memahami kebimbangan anda tentang gejala/masalah yang dihadapi. Untuk makluman pihak anda, Macgel ini adalah selamat untuk digunakan semasa kehamilan, tetapi ubat Cimetidine ini perlu digunakan dengan berhati-hati. Anda boleh berbincang dengan doktor anda dan memaklumkan bahawa anda adalah seorang ibu berhamil, dan bertanya bahawa ubat ini sesuai untuk kehamilan atau tidak.
Untuk persoalan yang lebih lanjut, anda boleh klik pada link (DoctorOnCall) ataupun pada link (DoctorOnCallEPharma) untuk bercakap dengan pihak kami atau farmasi kami secara atas talian. Privasi anda akan kami jaga. Terima kasih.