
Sulit
5 tahun
Ubat haart kesan sampingan
Sy baru adalah pesakit hiv baru diagnose bulan lepas.apakah kesan sampingan ubt haart itu?dan bagaimanakah ubat itu berfungsi?sy belum lagi makan ubt itu kerana sy takut.apakah nasihat doc?

Dr Nur Syuhada binti Zulkifli,
5 tahun
Salam sejahtera, terima kasih atas soalan yang anda ajukan.
Jawapan ini adalah keterangan am tentang masalah yang anda hadapi. Sila klik pada link ini (DoctorOnCall) untuk bercakap dengan pihak kami.
Untuk makluman pihak anda, HAART adalah bermaksud HIV/AIDS Anti-Retroviral Therapy yaitu sekelompok ubat-ubatan yang boleh digunakan untuk mengurangkan pertumbuhan virus HIV. Ubat ini berfungsi dengan melumpuhkan proses pembentukan DNA virus tersebut.
Sebaik sahaj mendapat diagnosis HIV, adalah amat digalakkan untuk anda langsung memulakan pengambilan ubat secepat mungkin agar penyakit HIV tidak melarat menjadi AIDS pada kadar yang cepat. Antara kesan sampingan yang sering terjadi akibat pengambilan ubat ini adalah:
- Mual
- Muntah
- Masalah organ hati
Akan tetapi, kesan sampingan diatas hanya akan timbul pada satu hingga dua minggu pertama pengambilan ubat tersebut. Sekiranya ubat sesuai, anda boleh langsung meneruskan pengambila ubat jenis tersebut selamanya.
Oleh itu, sila rujuk kepada pihak kami di pada link (DoctorOnCall) ataupun pada link (DoctorOnCallEPharma) untuk bercakap dengan pihak kami atau farmasi kami secara atas talian. Privasi anda akan kami jaga. Terima kasih