Anonymous

5 tahun

Ubat Iqynide untuk Mati Pucuk

saya ingin membeli iqnyde kerana saya menghadapi masalah mati pucuk

Hai. Ubat Iqnyde merupakan ubat yang pada kebiasaannya digunakan di dalam rawatan mati pucuk. Ia mengandungi Sildenafil Citrate sebagai bahan aktif dan adakalanya dikenali sebagai Viagra. Ia juga boleh digunakan di dalam mengawal tekanan darah tinggi pada salur darah paru-paru.

Sebelum anda menggunakan ubat ini, haruslah diketahui bahawa ubat ini mempunyai beberapa kesan sampingan seperti sakit kepala, pedih ulu hati dan kulit kemerah-merahan kerana ia akan membuatkan salur darah mengembang. Hal ini kerana, ubat ini akan membuatkan salur darah mengembang lalu membuatkan tekanan darah menjadi rendah. Sesetengah orang akan mendapati pendengaran mereka terganggu dan sesetengah orang pula akan mengalami ereksi yang terlalu lama sehingga memberi keburukan kepada kemaluan. Ianya juga tidak dibenarkan untuk diambil oleh seseorang yang sedang mengambil ubat nitrate yang digunakan serangan jantung.

Seperti yang sudah diterangkan, ubat Iqnyde mempunyai pelbagai kesan sampingan yang buruk dan ianya tidak boleh dikeluarkan oleh doktor sewenang-wenangnya kepada pesakit. Pemeriksaan yang menyeluruh haruslah dilakukan terlebih dahulu supaya kesan-kesan sampingan ini boleh dikawal dan tidak membahayakan pesakit.

Diharap agar penjelasan yang telah diberikan dapat membantu anda untuk lebih memahami dengan lebih baik tentang ubat Iqnyde, kebaikan dan keburukan yang boleh didapati kesan daripada penggunaannya. Sekian, terima kasih

Dr Ilias,

5 tahun

Hai, terima kasih atas soalan anda. Anda nyatakan dalam soalan, anda ingin membeli Iqnyde kerana mengalami masalah mati pucuk. Namun begitu, Iqnyde hanya boleh didapati dengan preskripsi daripada doktor. Oleh itu anda perlu mendapatkan khidmat nasihat doktor serta menjalani pemeriksaan untuk mengetahui adakah anda benar-benar menghadapi masalah mati pucuk. Setelah itu, puncanya akan dikenal pasti agar anda dapat dirawat dengan rawatan yang tepat dan berkesan.

Iqnyde adalah nama pasaran bagi sejenis ubat yang mengandungi Sildenafil Citrate. Dos yang sering digunakan adalah berjumlah 50-100 gram bergantung kepada pesakit dan diambil sekurang-kurangnya sejam sebelum hubungan seks dilakukan. Ubat ini hanya boleh diambil jika disarankan doktor sahaja kerana ia juga mempunya kesan sampingan seperti menyebabkan sukar tidur, hidung tersumbat, sakit kepala dan ketidakselesaan pada perut.

Tahukah anda sistem imun juga memainkan peranan dalam keberkesanan vaksin?

Mencegah adalah lebih baik daripada mengubati. Adakah anda sedia untuk melawan jangkitan? Ketahui dalam 5 minit!

Forum Kesihatan

Terokai soalan berkaitan kesihatan.
Ejakulasi Pramatang (409) URTI (222) Mati Pucuk (763) Gonorea (146) Kulat di Faraj (293) Sakit Kepala (3143) Sifilis (247) Penyakit Kelamin (2391) Migrain (129) Chlamydia (27) Haid Tidak Teratur (5282) Pil Perancang Kecemasan (1258) Keputihan (1654) Demam (1404) Sesak Nafas (2099) Sakit Tekak (1403) Darah Tinggi (418) Penuaan (16) Keracunan Makanan (43) Badan Gemuk (87) Jerawat (414) Ketuat (150) Tonsil (210) Kurap (104) Kencing Manis (527) Pedih Ulu Hati (204) Herpes (207) Kandidiasis (16) Ekzema (30) Perancangan Keluarga (2550) Kehamilan (4990) HIV (859) Tiroid (420) Kolesterol Tinggi (145) Haid Lewat (4282) Haid Berlebihan (398) Sakit Badan (1493) Kurang Berat Badan (226) Haid Berpanjangan (1856) Kesihatan Am (4078) Insomnia (210) Hipotensi (49) Sinusitis (87) Buasir (523) HPV (93) Kutu (17) Haid Sakit (523) Strok (107) Hepatitis A (9) Hepatitis B (117) Hepatitis C (33) Penyakit Jantung (541) Psoriasis (39) Gallstone (9) Sakit Tumit (165) Cara Berhenti Merokok (104) ENT (2375) Kesihatan Seksual (5517) Sakit Dada (2572) Sakit Mata (880) Ujian Kehamilan (1396) Penyakit Kulit (3772) Najis Abnormal (664) Sakit Perut (3867) Sakit Lutut (402) Masalah Kencing (2283) Sakit Payudara (972) Kesihatan Kanak-Kanak (2437) Kesihatan Mental (2101) Gigi & Gusi (1162) Jangkitan Coronavirus (7011) Fibroid (64) Batuk (940) Sakit Telinga (220) Sakit Pinggang (562) Ubat-Ubatan (1652) Darah Nifas (68) Najis Berdarah (397) Keguguran (371) Selsema (152) Mual & Muntah (451) Kebas (614) Tidak Datang Haid (464) Asid Refluks (74) Gastrik (212) Sakit Belakang (494) Sakit Tulang (454) Sakit Otot (158) Pendarahan Coklat (390) Pendarahan Spotting (502) Lebam (20) Kesihatan Am Wanita (2082) Sakit Mulut (228) Derma Darah (52) Anemia (120) Sembelit (274) Kesihatan Rambut (264) Mulut Berbau (43) Dehidrasi (4) Tidur Berdengkur (23) Masalah Tidur (306) Cirit Birit (216) Masalah Peluh (210) Benjolan Di Kulit (882) Pitam (191) Ulser mulut (68) Selsema burung (8) Wabak bubonic (8) Pelindung muka (16) Kurang Selera Makan (132) Prosedur Perubatan (574) Makanan Tambahan (274) Pening Kepala (532) Trauma (32) Keputusan Siasatan (212) Penerangan Penyakit (525) Alahan (72) Masalah kesuburan (36) Bisul (160) Pencegahan Koronavirus (138) Kahak (248) Masalah Penglihatan (58) Asthma (38) Vitamin dan Nutrisi (231) Masalah Tangan Dan Kaki (1503) Sendawa (112) Masalah Buah Pinggang (150) Vaksin COVID-19 (1490) Ketinggian (56) Kesihatan Lelaki (742) Masalah saraf (56) Hematologi (36) Denyutan Nadi & Kesihatan Jantung (230) Hipoglisemia (2) Kesihatan Kulit (178) Hormon, Endokrin & Metabolisme Tubuh (12) Sakit Sendi (16) Apendiks (4) Penyakit Hati (8) Penerangan Vaksin (30) Resdung (4) Influenza (28) Ketumbuhan (14) Kecederaan (20) Kanser (48) Sakit Leher (116) Darah (116) Ketiak (40) Masalah Najis (12) HFMD (2) Paru - Paru (22) Hidung (12) Hempedu (10) Jahitan (28) Pembedahan (16) Penyusuan (16) Suntikan (14) Darah Putih (16) Bahu (6) Bibir (14) Autisme (4) Asid Folik (16) Pusat (2) Sawan (6) Melecur (2) Badan Berbau (2) Ruam (6) Muka (6) Tuberkulosis (2) Saringan kesihatan (2) Suplemen, Vitamin dan Mineral (2) Vaksin Denggi (31)