
Sulit
4 tahun
Ubat kecemasan untuk mencegah kehamilan
Saya telah terlanjur bersama pasangan tanpa ubat dan alat dalam satu ari dan pasangan saya telah ejakulasi di luar tapi saya kuartir mengandung ada x doctor ubat kecemasan untuk mencegah kehamilan

Dr Nur Syuhada binti Zulkifli,
4 tahun
Salam sejahtera, terima kasih atas soalan yang diajukan.
Jawapan ini adalah keterangan am tentang masalah yang anda hadapi. Sila klik pada link ini (DoctorOnCall) untuk bercakap dengan pihak kami.
Untuk makluman anda, harus diingatkan bahawa setiap hubungan seksual tanpa perlindungan (seperti kondom) dan tanpa perancangan kehamilan mempunyai risiko untuk hamil. Selain itu, risiko untuk mendapat jangkitan penyakit kelamin juga tinggi dengan melakukan hubungan seksual tanpa perlindungan. Dinasihatkan untuk anda elakkan daripada seks tanpa perlindungan.
Merujuk kepada pil perancang kecemasan, harus diketahui bahawa ia adalah kontraseptif kecemasan sahaja. Pil perancang kecemasan tidak dimaksudkan sebagai kaedah kontrasepsi biasa. Ia digunakan untuk mengelakkan kehamilan apabila diambil dalam tempoh 72 jam hubungan seks tanpa perlindungan. Dianggarkan bahawa ia akan menghalang 85% kehamilan yang tidak diharapkan. 95% kehamilan dijangkakan dapat dicegah jika diambil dalam 24 jam pertama, menurun kepada 58% jika diambil antara 48 jam dan 72 jam selepas hubungan tidak dilindungi. Sekiranya anda makan setelah 3 hari berhubungan, tidak diketahui sama ada pil perancang kecemasan berkesan jika diambil lebih daripada 72 jam selepas hubungan tidak dilindungi.
Jalinkan hubungan mesra yang bebas jangkitan.
Bagi mendapat penjelasan tentang ubat perancang yang sesuai, punca masalah yang anda hadapi dengan tepat, maklumat lanjut adalah diperlukan sebelum kesimpulan boleh dibuat. Oleh itu, anda amat disarankan untuk merujuk masalah ini kepada doktor. Sila klik pada link ini (DoctorOnCall) untuk bercakap dengan pihak kami secara peribadi melalui atas talian. Terima kasih.
Kekal bebas daripada jangkitan penyakit kelamin. Dapatkan nasihat Pakar dengan segera.