Sulit
2 tahun
Ubat makanan tambahan
Saya ingin bertanya bolehkah saya mengambil ubat makanan tambahan vitamin c dengan ubat makanan tambahan yang lain contohnya ubat Centrum secara bersamaan?
Dr Nur Syuhada binti Zulkifli,
2 tahun
Salam Sejahtera,
Terima kasih atas pertanyaan anda.
Berdasarkan maklumat di atas, kami memahami bahawa anda mempunyai masalah keguguran rambut. Kami akan cuba untuk membantu anda.
Untuk pengetahuan anda, umumnya kami tidak boleh mengesyorkan apa-apa kaedah rawatan tanpa terlebih dahulu mengetahui gejala atau masalah kesihatan anda secara menyeluruh dan terperinci. Manakala untuk mengetahui secara jelas tentang kombinasi atau kaedah bagi memaksimumkan penggunaan sesuatu ubat, anda tetap perlu merujuk kepada doktor anda yang telah mempreskripsikan ubat.
Selain itu anda perlu tahu bahawa kesan ubat (umumnya) sangat bervariasi dari individu ke individu yang lain. Oleh itu setiap saranan doktor lazimnya berdasarkan kondisi kesihatan anda secara khusus. Justeru walaupun kajian mendapati bahawa ubat-ubatan ini mempunyai manfaatnya yang spesifik, saya tetap menyarankan anda untuk mendapat nasihat doktor secara langsung agar rawatan yang komprehensif dan berkesinambungan dapat diberikan.
Oleh yang demikian, kami sarankan agar masalah ini dirujuk kepada doktor atau pakar kesihatan kami. Harap jawapan ini membantu anda.
Terima kasih.