
Sulit
3 tahun
Ubat misoprostol Sya telah minum
Sya Lewat datang buln 1 Minggu sya beli ubat misoprostol Selepas sya minum dengn cola Dan Masuk Kan dalam kemaluan Setelah berapa jam keluar darah Pekat merah2 tpi sikit apa ka sdh gugur

Dr Nur Syuhada binti Zulkifli,
3 tahun
Salam sejahtera, terima kasih atas soalan anda.
Untuk makluman anda, haid terlewat boleh disebabkan oleh beberapa perkara, contohnya:
- Stress
- Gaya hidup yang tidak teratur
- Bersenam berlebihan
- Peningkatan berat badan atau penurunan berat badan secara ketara
- Pengambilan sebarang ubatan seperti pil perancang dan lain
- Penyakit puan seperti PCOS, fibroid dan lain
Faktor-faktor atas biasanya menyebabkan gejala yang serupa sekali dan amat sukar untuk dikenal pasti tanpa perincian. Pengambilan misoprostol memerlukan nasihat serta bincangan dengan doktor dahulu, ia akan menyebabkan kesan sampingan seperti keluar darah, sakit perut, loya, muntah, cirit-birit dan lain.
Untuk mengetauhi punca penyebab masalah ini, terangan dan sejarah yang jelas diperlukan, serta ujian tambahan dan penyelidikan lebih lanjut. Oleh itu, anda perlulah merujuk masalah ini kepada doktor dengan lebih lanjut supaya rancangan rawatan yang sesuai dapat dibincang.
Anda juga boleh menghubungi kami untuk konsultasi secara atas talian agar kami boleh membantu anda.
Kami berharap jawapan ini membantu anda.
Terima kasih.
Sila klik pada link ini untuk bercakap dengan doktor.
Sila klik pada link ini untuk bercakap dengan Pakar Sakit Puan.