
Sulit
4 tahun
Ubat pantoprazole perlu dimakan sebelum atau selepas makan?
Hi doctor. Sy sebelum ni pernah alami gastric utk pertama kali. 3bulan lps. Harini gastric menyerang lagi. Bila waktu yg sy perlu makan ubat? Sy dh lupa waktu utk makan ubat gastric tu

Dr Nur Syuhada binti Zulkifli,
4 tahun
Salam sejahtera, terima kasih atas soalan yang diajukan.
Untuk makluman pihak anda, ubat pentaprazole (antacid) ini boleh diambil bila-bila masa ketika anda mengalami gejala gastritis. Sekiranya gejala ini berterusan, and disarankan untuk berjumpa dengan doktor untuk mendapatkan rawatan yang lebih sesuai.
Akan tetapi, jawapan ini adalah keterangan am tentang soalan yang diajukan. Untuk mengetahui dengan tepat mengenai rawatan, maklumat lanjut serta pemeriksaan adalah diperlukan sebelum kesimpulan boleh dibuat. Oleh itu, anda amat disarankan untuk merujuk masalah ini kepada doktor.
Anda juga boleh klik pada link ini (DoctorOnCall) untuk bercakap dengan pihak kami secara peribadi melalui atas talian bagi mendapatkan penerangan dan nasihat atau rawatan yang diperlukan atau klik pada link ini (DoctorOnCallEPharma) untuk berhubung dengan farmasi kami. Terima kasih.