Anonymous
6 tahun
Ubat perancang noriday
Saya bru bsalin 29.5 ari tu pd ari ke 20 darah nifas saya sudah pun berhenti… 1.7 hari tu saya ke klinik kesihatan untuk cucuk anak sebulan… nurse klinik kesihatan ada bagi saya ubat perancang noriday… selepas seminggu saya makan… darah mula turun balik… tu adakah darah nifas atau sy datang bulan… ?atau ubat itu tak serasi dengan saya…?
6 tahun
Salam sejahtera, terima kasih atas soalan yang diajukan.
Jawapan ini adalah keterangan am tentang masalah yang anda hadapi. Sila klik pada link ini (DoctorOnCall) untuk bercakap dengan pihak kami.
Berdasarkan keterangan di atas, kami memahami kebimbangan anda tentang gejala yang dihadapi. Untuk makluman pihak puan, masalah ini boleh disebabkan oleh pelbagai perkara. Antaranya:
- ketidakstabilan hormon selepas melahirkan anak dan pengambilan ubat perancang
- kesan sampingan ubat perancang
Ubat noriday adalah ubat lazim yang digunakan untuk merancang kehamilan.
kebiasaannya dalam kes puan ini, pendarahan ini adalah kerana badan sedang menyesuaikan diri dengan perubahan hormon mendadak terutamanya selepas melahirkan bayi. Namun, sekiranya ia tidak berhenti juga anda perlu bertemu pakar perubatan.
Untuk mengetahui punca masalah yang anda hadapi dengan tepat, maklumat lanjut adalah diperlukan sebelum kesimpulan boleh dibuat. Oleh itu, anda amat disarankan untuk merujuk masalah ini kepada doktor. Sila klik pada link ini (DoctorOnCall) untuk bercakap dengan pihak kami secara peribadi melalui atas talian. Terima kasih.

































