
Sulit
4 tahun
Ubat perancang regividon atau postinor
Saya wanita berumur 34 tahun. Saya mengambil perancang jenis depo. saya ingin bertukar kepada ubat perancang seperti tajuk di atas. Adakah saya boleh beli sahaja di farmasi? Macam mana cara pengambilan ubat perancang tersebut?

4 tahun
Salam sejahtera, terima kasih atas soalan yang anda ajukan.
Pil perancang jenis mana adalah tergantung kepada kesesuaian anda tersendiri. 1 strip pil perancang mempunyai 28 tablets, di mana ia harus diambil setiap hari. Sebaiknya pil pertama haruslah diambil pada hari pertama anda datang haid bulan tersebut. Pil yang seterusnya haruslah diambil setiap hari pada masa yang sama untuk memastikan keberkesanan pil perancang mengelakkan kehamilan. Kemudian, anda akan berehat selama 7 hari sebelum mulai makan strip baru.
Akan tetapi, secara umum, seorang wanita boleh mula mengambil pil perancang pada bila-bila masa dalam kitaran haid mereka. Walau bagaimanapun, ia boleh mengambil beberapa hari untuk pil untuk menubuhkan kitaran hormon yang konsisten dan efisien menghalang kehamilan. Dengan memulakan pil midcycle, seseorang berisiko kehamilan dan sebaiknya menggunakan kaedah perancang tambahan sehingga mereka mengambil pil itu selama sekurang-kurangnya 7 hari berturut-turut. Untuk lebih berhati-hati, sebaiknya puan menggunakan satu lagi jenis birth control seperti kondom pada bulan pertama mula makan pil perancang.
Setelah tamat tarikh suntikan depo anda, anda disarankan untuk terus mengambil pil regividon. Pil postinor merupakan pil perancang kecemasan yang hanya diambil jika anda tidak menggunakan sebarang alat perancang keluarga. Ia tidak boleh diambil untuk jangkat masa panjang.
Untuk mendapatkan maklumat yang selanjutnya mengenai pil perancang, anda amat disarankan untuk merujuk persoalan ini kepada doktor kami. Oleh itu, anda disarankan untuk merujuk masalah ini dengan lebih lanjut kerana maklumat tambahan serta pemeriksaan adalah diperlukan sebelum kesimpulan dan rawatan dapat diberikan. Anda boleh klik pada link (DoctorOnCall) ataupun pada link (DoctorOnCallEPharma) untuk bercakap dengan pihak kami atau farmasi kami secara atas talian. Privasi anda akan kami jaga. Terima kasih.