
Sulit
4 tahun
Ubat perancang yasmin… sakit kepala.. loya… dll
hi … sy seorg ibu 1 ank. … sy brusia 21 thun… skrg …sy consume ubat perancang yasmin… n skrg sy mngalami sakit kepala… loya… cirit birit . berdebar2 knp ye?? adkh x brsesuaiam dgn sy???

Dr Nur Syuhada binti Zulkifli,
4 tahun
Hai! Selamat sejahtera dan terima kasih kerana mengajukan soalan kepada pihak kami.
Kami memahami kebimbangan anda tentang masalah yang anda hadapi iaitu sakit kepala, loya dan cirit-birit. Untuk makluman anda, ubat perancang yasmin disyorkan untuk diambil bagi perancangan keluarga kerana diyakini kesan baiknya melebihi kepada risiko kesan sampingan. Walaupun kesan sampingan mengambil ubat perancang yasmin adalah jarang berlaku, namun, bagi setiap individu memiliki reaksi tubuh yang berbeza terhadap suatu ubat itu.
Berdasarkan keterangan anda, gejala / masalah yang anda alami berkemungkinan besar merupakan kesan sampingan daripada mengambil ubat perancang yasmin. Saya menasihati anda untuk berjumpa dengan doktor dan memberitahu keadaan ini supaya ubat alternatif atau rawatan yang tepat dapat diberikan kepada anda.
Kekalkan kebahagiaan rumah tangga anda dengan mendapatkan perancangan keluarga yang terbaik
Jawapan ini adalah keterangan am tentang masalah yang anda hadapi. Jika anda mempunyai keraguan, kami nasihatkan anda untuk berjumpa dengan doktor untuk mendapatkan kesimpulan yang lebih tepat. Anda juga boleh klik link ( DoctorOnCall ) untuk berhubung dengan doktor pakar kami secara peribadi. Terima kasih