
Sulit
4 tahun
Ubat pil peracang noriday terlupa makan 3hari hingga 5hari
Hi doctor,saya nak tanya,saya ter Lupa makan ubat perancang 3hari /dan 5hari berturut turut,apa kah yang patut saya buat?

4 tahun
Salam sejahtera dan terima kasih kerana menghubungi kami.
Kami memahami keresahan yang dialami oleh pihak anda. Walau bagaimanapun bantuan kami adalah terhad berdasarkan deskripsi yang anda telah sampaikan melalui forum ini.
Kekalkan kebahagiaan rumah tangga anda dengan mendapatkan perancangan keluarga yang terbaik !
Pertama sekali, Pil perancang anda sememangnya perlu diambil pada masa yang sama setiap hari. Namun jika anda terlupa mengambil pil, anda perlu mengambilnya secepat mungkin. (Jika anda terlepas lebih dari satu pil, hanya ambil pil terakhir yang anda terlepas). Ambil pil seterusnya seperti biasa. Ini bermakna anda mungkin akan terpaksa mengambil dua pil serentak. Ini adalah selamat.
- Jika anda lewat kurang 3 jam dari mengambil pil, anda masih dilindungi dan tidak perlu menggunakan kontrasepsi tambahan.
- Sekiranya anda lewat lebih dari 3 jam, anda tidak akan dilindungi dari kehamilan dan anda sepatutnya tidak melakukan hubungan seks atau menggunakan kaedah kontrasepsi tambahan (misalnya kondom) untuk dua hari akan datang, sementara anda terus mengambil pil seperti biasa.
- Sekiranya anda melakukan seks tanpa perlindungan dalam tempoh dua hari selepas terlepas pil, anda disyorkan mengambil kontraseptif kecemasan (morning after pill).
Klik pada link ini (DoctorOnCall) untuk bercakap diatas talian dengan doktor bertauliah kami. Terima kasih.