
Sulit
4 tahun
Ubat pontoprazole gastrik
saya lelaki.saya nak bertanya tentang ubat pontoprazole.adakah saya perlu mengambil ubat ini berterusan atau tidak jika masalah gastrik telah ok.terimq kasih

4 tahun
Salam sejahtera, terima kasih atas soalan yang anda ajukan.
Jawapan ini adalah keterangan am tentang masalah yang anda hadapi iaitu anda dilema untuk mengambil ubat ini lagi walaupun anda tidak berasa sakit perut. Sila klik pada link ini (DoctorOnCall)untuk bercakap dengan pihak kami.
Untuk makluman pihak anda, ubat Pantoprazole adalah sejenis ubat proton pump inhibitor. Ini bermaksud, ubat ini berfungsi untuk mengurangkan pengeluaran asid perut. Tujuan pemberian ubat ini oleh doktor ortopedik anda adalah kerana ubat-ubatan ini sering menyebabkan peningkatan pengeluaran asid perut. Justeru ubat PPI seperi Pantoprazole diberikan sebagai pendamping agar asid perut tidak bertambah. Asid perut yang bertambah dapat melukakan lapisan dinding perut anda. Ini dapat menimbulkan masalah lain seperti gastritis.
Berikut adalah kegunaan ataupun indikasi lain pemberian ubat Pantoprazole:
Zollinger-Ellison syndrome
Ulser perut
Gastroesophageal reflux disease (GERD)
Antara kesan sampingan yang sering terjadi akibat pengambilan ubat ini adalah:
- Defisiensi vitamin B12 (long-term therapy)
- Jangkitan gastrointestinal
- Mual, muntah
- Cirit birit,
- Sembelit
- Sakit perut
- Dispepsia
- Mulut kering
- Letih lemah
Oleh itu, sebaiknya anda rujuk kepada pihak kami atau mana-mana petugas kesihatan bertauliah sama ada untuk meneruskan mengambil ubat ini di pada link (DoctorOnCall) untuk bercakap dengan pihak kami atau farmasi kami secara atas talian. Privasi anda akan kami jaga. Terima kasih