
Sulit
5 tahun
Ubat pregnantcare boleh ke untuk ikhtiar hamil
Doc…saya nak tanya ubat pregnantcare dengan jus MaMom Hope
yg ada dipasaran boleh ke untuk ikhtiar hamil…

Dr Nur Syuhada binti Zulkifli,
5 tahun
Salam sejahtera, terima kasih atas soalan yang diajukan.
Jawapan ini adalah keterangan am tentang masalah yang anda hadapi. Sila klik pada link ini (DoctorOnCall) untuk bercakap dengan pihak kami.
Berdasarkan keterangan di atas, kami memahami kebimbangan anda tentang masalah yang dihadapi. Untuk makluman anda, sebenarnya ketidaksuburan boleh disebabkan oleh pelbagai perkara. Antaranya:
- kekurangan ovum atau ovulasi yang tidak teratur
- masalah organ-organ pembiakan seperti bentuk rahim
- masalah hormon
- parut atau sumbatan tiub fallopian
- akibat jangkitan jangkitan kelamin (STI)
- akibat endometriosis yaitu apabila tisu rahim tumbuh diluar rahim
- masalah luar sistem pembiakan seperti kelenjar tiroid, kelenjar pituitari
Merujuk kepada beberapa jenis ubatan yang anda sebutkan, harus diketahui bahawa Pregnacare adalah merupakan suplemen tambahan yang mengandungi vitamin dan nutrien seperti vitamin B dan juga folic acid. Ia dipasarkan kerana kandungan suplemen seperti folic acid dapat mengelakkan kecacatan bayi terjadi.
Sementara itu, Mamom Hope pula bukanlah satu produk yang diklasifikasikan sebagai ubat akan tetapi ia adalah makanan. Mamom Hope adalah kumpulan herba dan jus-jus yang dikemaskan dalam satu botol. Maka, apabila anda makan Mamom Hope, ia adalah umpama anda minum jus kurma, manggis kranberi, kunyit dan sebagainya di dalam satu hidangan botol.
Mengkonsumsi suplemen dan makanan diatas tidak akan menjadikan anda hamil kerana suplemen ini tidak mempengaruhi proses persenyawaan yaitu proses dimana ovum daripada puan bercantum dengan sperma daripada suami. Untuk makluman anda, proses persenyawaan inilah yang menentukan kebolehan anda untuk hamil kerana percantuman diantara ovum dan sperma akan membentuk embryo yang membesar menjadi janin dan yang akan lahir sebagai bayi.
Sebaiknya puan dan suami mendapatkan konsultasi doktor pakar obstetrik dan ginekologi (O&G) untuk merancang kehamilan anda dan mendeteksi masalah-masalah yang mungkin dihadapi agar dapat merancang kehamilan dengan baik. Untuk mengetahui punca masalah yang anda hadapi dengan tepat, maklumat lanjut adalah diperlukan sebelum kesimpulan boleh dibuat.
Oleh itu, anda disarankan untuk merujuk masalah ini dengan lebih lanjut kerana maklumat tambahan serta pemeriksaan adalah diperlukan sebelum kesimpulan dan rawatan dapat diberikan. Anda boleh klik pada link (DoctorOnCall) ataupun pada link (DoctorOnCallEPharma) untuk bercakap dengan pihak kami atau farmasi kami secara atas talian. Privasi anda akan kami jaga. Terima kasih.