nsue.mzm80
4 tahun
Ubat rawatan scabies
Selamat malam doktor. Seperti soalan malam tadi adakah ascabs dan scaboma boleh digunakan berulangkali untuk 3 malam bagi merawati scabies? Terima kasih
4 tahun
Salam sejahtera dan terima kasih kerana mengajukan soalan kepada kami
Namun begitu, disebabkan kekurangan maklumat dan tidak dapat menilai keadaan anda, sukar bagi pihak kami untuk memberikan kesimpulan dalam hal ini. Saya sarankan anda untuk mengikut arahan yang sudah diberikan oleh doktor anda untuk kegunaan ubat-ubat tersebut.
Secara amnya, ubat-ubat tersebut boleh digunakan berulangkali untuk 3 malam supaya dapat membunuh kutu buta (scabies) dengan sempurna.
Anda juga boleh klik di link (DoctorOnCall) untuk berhubung dengan doktor kami secara peribadi untuk nasihat dan maklumat lebih lanjut daripada pakar. Terima kasih.
Dapatkan kulit yang sihat dengan penjagaan kulit yang betul.


































