Sulit
3 tahun
Ubat sangkut kt tekak
hi, sy wanita umur 24 tahun, sy tengan seseme & makan ubat dr farmasi, ubat tu besar sangat than sy rasa macam sangkut kt tekak… dah 2 hari makan & minum banyak pon ubat tu masih sangkut juga , so macam mana ya?
Dr Nur Syuhada binti Zulkifli,
3 tahun
Salam sejahtera, terima kasih atas soalan yang diajukan.
Sakit telinga hidung dan tekak memang mudah terjadi. Jangan biarkan ia mengganggu anda.
Berdasarkan keterangan di atas, kami memahami kebimbangan anda tentang masalah yang dihadapi. Untuk makluman pihak anda, masalah rasa sesuatu tersekat ini boleh disebabkan oleh pelbagai perkara. Antaranya:
- Jangkitan bakteria atau virus lain seperti virus influenza
- Radang tonsil
- GERD
- Trauma pada tekak
- Tertelan bendasing
- Ketumbuhan di tekak
- Stricture di tekak
Untuk mengetahui punca masalah yang anda hadapi dengan tepat, maklumat lanjut adalah diperlukan sebelum kesimpulan boleh dibuat. Oleh itu, anda amat disarankan untuk merujuk masalah ini kepada doktor. Klik pada link ini (DoctorOnCall) untuk bercakap dengan pihak kami secara peribadi melalui atas talian bagi mendapatkan penerangan dan nasihat atau rawatan yang diperlukan. Jawapan ini adalah keterangan am tentang masalah yang anda hadapi. Terima kasih.
Pakar sakit telinga, hidung dan mulut boleh membantu untuk mengenal pasti masalah anda.