
Sulit
4 tahun
Ubat tahan period dan kesan
Apa kesan ubat tahan period (sunolut)pada masa akan dtg…adakah mengganggu next period? Sy plan utk hamil…

Dr Nur Syuhada binti Zulkifli,
4 tahun
Salam sejahtera, terima kasih kerana menghubungi kami.
Untuk makluman anda, Sunolut adalah merupakan sejenis ubat yang digunakan bagi merawat amenorrhea (tidak datang haid), perdarahan rahim abnormal, dan endometriosis.
Kekalkan kebahagiaan rumah tangga anda dengan mendapatkan perancangan keluarga yang terbaik
Antara kesan sampingan Sunolut adalah:
- perdarahan
- spotting
- perubahan darah haid
- pengeluaran cairan mulut rahim
- amenorrhea atau tiada haid
- pembengkakan
- kuning
- gatal
- mual
- sakit kepala
- gangguan penglihatan
Untuk menjawab soalan anda, Sunolut tidak menggangu haid yang akan datang. Tetapi kami sarankan anda untuk menghubungi doktor atau pegawai farmasi untuk berbincang tentang niat anda untuk mengandung supaya anda mendapat maklumat lebih jelas.
Untuk info lanjut, silakan klik pada link (DoctorOnCall) untuk menghubungi doktor secara atas talian. Privasi anda akan kami jaga. Terima kasih.