
Sulit
4 tahun
Ubat tahan sakit dan surut bengkak
Saya buat pembedahan dihidung sebab patah kemalangan.tapi ubat tahan skt bkesan smtara.dan ubat surut bengkak tak membantu.so ada ubat surut bengkak yang sesuai utk saya…dan ubt tahan skt selain papain

Dr Nur Syuhada binti Zulkifli,
4 tahun
Selamat sejahtera dan terima kasih atas soalan yang diajukan.
Berdasarkan keterangan anda, kami bersimpati dan memahami kebimbangan anda tentang masalah yang anda hadapi. Untuk makluman anda, sebelum sebarang cadangan mengenai penukaran ubat-ubatan dilakukan kepada pesakit, sebaiknya perlu mendapat keputusan doktor yang memeriksa pesakit tersebut. Hal ini kerana bagi menilai pertimbangan tentang interaksi pelbagai jenis ubat tahan sakit terhadap kondisi kesihatan pesakit itu sendiri.
Bagaimanapun,secara umum, terdapat pelbagai jenis ubat tahan sakit yang terdapat di pasaran yang sering kali digunakan oleh kita untuk melegakan sebarang sakit. Antara ubat tahan sakit yang aktif digunakan ialah seperti:
- Acetaminophen
- NSAID
- COX-2 inhibitors
- Opioid
Penggunaan ubat ini haruslah atas pengawasan doktor kerana sekiranya berlebihan dapat membawa masalah yang tidak diingini. Ianya juga berlaku terhadap ubat surut bengkak. Oleh itu, anda disarankan untuk bercakap dengan doktor terlebih dahulu. Terdapat pelbagai pertanyaan mengenai sejarah kesihatan anda yang perlu ditanyakan sebelum keputusan dibuat.
Jawapan ini adalah keterangan am tentang masalah yang anda hadapi. Jika anda mempunyai keraguan, kami nasihatkan anda untuk berjumpa dengan doktor untuk mendapatkan kesimpulan yang lebih tepat. Anda juga boleh klik link ( DoctorOnCall ) untuk berhubung dengan doktor pakar kami secara peribadi. Terima kasih