Sulit
2 tahun
Ubat Tekanan Darah tinggi
Hi…Doctor boleh ke ambil ubat darah tinggi Amlodipine 5mg di waktu malam dan selang sehari
Dr Nur Syuhada binti Zulkifli,
2 tahun
Salam sejahtera, terima kasih kerana menghubungi kami.
Untuk pengetahuan anda, amlodipine merupakan ubat yang digunakan untuk mengawal tekanan darah. Kebiasaannya ubat ini diambil pada waktu pagi pada setiap hari. Sekiranya anda teringat bahawa anda terlepas mengambil ubat ini, anda perlu mengambil ubat ini secepat mungkin. Tetapi tiada waktu tertentu di mana anda perlu mengambil ubat ini dan disarankan untuk anda mengambil ubat ini pada waktu yang sama setiap hari untuk keberkesanan yang lebih baik. Selain itu, anda dilarang untuk mengubah preskripsi tanpa mendapatkan persetujuan doktor terlebih dahulu.
Ini hanyalah keterangan kami secara am mengenai masalah anda. Kami sarankan anda merujuk perkara ini kepada doktor yang merawat anda untuk mendapatkan penjelasan yang lebih baik mengenai pengambilan ubat ini.
Sekiranya anda mempunyai soalan lanjut, sila hubungi kami di ( DoctorOnCall ) untuk bercakap dengan doktor kami secara peribadi. Terima kasih.