
danieypaiman
5 tahun
Ubat untuk baby batuk & selsema
Dr saya ingin bertanya adakah ubat atau rawatan untuk baby yg berumur 3 bulan untuk sakit batuk dan selsema?
Apakah cara untuk saya untuk merawat baby saya?

5 tahun
Salam sejahtera, terima kasih atas soalan yang anda ajukan.
Jawapan ini adalah keterangan am tentang masalah yang anda hadapi. Sila klik pada link ini (DoctorOnCall) untuk bercakap dengan pihak kami.
Berdasarkan keterangan di atas, kami memahami kebimbangan anda tentang masalah yang dihadapi.Terdapat beberapa punca yang boleh meneybabkan batuk dan selsema kepada bayi antaranya ialah:
- Infeksi virus ataupun bakteria
- Bronhiolitis
- Asma
- Pneumonia
Sebelum anda merawat sendiri di rumah , adalah amat disarankan untuk anda merujuk hal ini dengan doktor supaya rawatan yang sewajarnya dapat diberikan kepada bayi anda dan komplikasi juga akan dapat dielakkan
Untuk maklumat lanjut, sila rujuk kepada kami secara peribadi melalui atas talian. Klik pada link ini (DoctorOnCall) untuk bercakap dengan pihak kami. Terima kasih.