
iffakamalludin19
2 tahun
Ubat utk kurangkan kesan akibat pengambilan dadah
Saya nak tanya, jika suami adalah salah seorg penagih dadah tegar pada masa dahulu, Dan sudah berhenti, adakah terdapat apa2 ubat ubatan atau apa yg boleh dilakukan utk merawat atau melegakan sakit pada masa kini akibat daripada pengambilan dadah. Si suami sering berasa cramp di bahagian dada…
Menunggu jawapan doktor

Dr Nur Syuhada binti Zulkifli,
5 tahun
Salam sejahtera, terima kasih atas soalan yang diajukan.
Jawapan ini adalah keterangan am tentang masalah yang anda hadapi. Sila klik pada link ini (DoctorOnCall) untuk bercakap dengan pihak kami.
Berdasarkan keterangan di atas, kami memahami kebimbangan anda tentang masalah yang dihadapi. Untuk makluman anda, cramp dibahagian dada boleh disebabkan oleh pelbagai perkara. Antaranya:
- Penyakit jantung
- Penyakit paru-paru seperti jangkitan TB
- Masalah tulang dan otot seperti costochondritis
Memberi ubat untuk melegakan sakit sahaja tidak akan menangani masalah tersebut dari akarnya. Apabila efek ubat hilang, dikhuatiri penyakit sebenar seperti jangkitan akan berleluasa dan akan bertambah parah. Tambahan pula, keterangan yang anda berikan mengenai kesakitan yang dialami oleh suami adalah kurang jelas. Sebaiknya anda menyampaikan secara lengkap keluhan-keluhan yang dialami, riwayat penyakit, riwayat jenis dadah yang diambil, berapa lama berhenti dan sebagainya. Hal ini adalah untuk menentukan ubat yang sesuai untuk mengurangi sakit yang dialami suami akibat pengambilan dadah.
Oleh itu, anda disarankan untuk merujuk masalah ini dengan lebih lanjut kerana maklumat tambahan serta pemeriksaan adalah diperlukan sebelum kesimpulan dan rawatan dapat diberikan. Anda boleh klik pada link (DoctorOnCall) ataupun pada link (DoctorOnCallEPharma) untuk bercakap dengan pihak kami atau farmasi kami secara atas talian. Privasi anda akan kami jaga. Terima kasih.