
Sulit
3 tahun
Ubat yang telah tamat tempoh
Doktor, mak saya ada gastrik dan dia berumur 47 tahun. Dan memang kalau dia kena gastrik dia akan makan ubat gastrik untuk kurangkan sakit. Malam 30/5, saya bagi ibu saya ubat. Tapi tak perasan yang ubat tu dah tamat tempoh. Malah tarikh luputnya bulan mei 2020 iaitu tahun lepas. Adakah akan ada kesan sampingan ke atas ibu saya? Apakah yang patut saya lakukan? Adakah ia jadi racun? Bantu saya doktor

Dr Nur Syuhada binti Zulkifli,
3 tahun
Salam sejahtera, terima kasih atas soalan yang diajukan.
Kami memahami kebimbangan anda tentang hal ini. Untuk makluman anda, secara umumnya, ubat yang sudah melepasi tarikh luput tidak boleh dimakan. Ubat-ubatan mengandungi bahan-bahan aktif dan tidak aktif untuk mengubat penyakit-penyakit. Bahan-bahan ini boleh tahan untuk suatu jangka masa yang tertentu sahaja.
Sekiranya ubat yang dimakan telah melepasi tarikh luput, ubat mungkin sudah tidak berkesan. Tanda-tanda keracunan ubat termasuk rasa pening, mengantuk, loya, muntah, sakit perut, keletihan dan susah bernafas. Jika ibu anda mengalami tanda-tanda ini, jumpa doktor dengan segera. Sekiranya ubat anda tidak dilabel dengan tarikh luput, anda boleh membuat anggapan bahawa ubat tersebut akan luput dalam tempoh enam bulan selepas anda beli. Perubahan dari segi bau, warna dan rupa juga boleh menunjukkan bahawa ubat sudah rosak.
Dapatkan khidmat kepakaran doktor gastroenterologi untuk menyelesaikan masalah sakit perut anda.
Jawapan ini adalah keterangan am tentang masalah yang anda hadapi. Jika anda mempunyai keraguan, kami nasihatkan anda untuk berjumpa dengan doktor untuk mendapatkan kesimpulan yang lebih tepat. Anda juga boleh klik link ( DoctorOnCall ) untuk berhubung dengan doktor kami secara peribadi. Terima kasih