Sulit
3 tahun
Ubatan untuk tahan lama
Salam sejahtera Dr, bolehkan saya mengambil ubatan supplement seperti Candy B dan sebagainya bagi tujuan tahan lama ketika bersama ister dan begitu juga dengan ubat sapuan pada alat zakar.
Dr Nur Syuhada binti Zulkifli,
3 tahun
Salam sejahtera, terima kasih atas soalan yang dituju.
Untuk makluman anda, penggunaan makanan tambahan dan juga ubat sapu zakar yang dikatakan memberi ketahanan lama ketika bersama isteri mempunyai kesahihan yang belum pasti ditetapkan oleh KKM. Oleh itu, kami sarankan anda untuk mengelakkan penggunaan ubat tersebut sebaik mungkin kerana ia boleh mengandungi bahan alahan dan boleh menjejaskan kesihatan anda secara umum.
Kami lebih sarankan anda untuk mengamalkan beberapa perkara yang berikut bagi meningkatkan prestasi ketika bersama isteri iaitu:
- Melakukan senaman Kegel
- Mengamalkan pemakanan yang sihat dan seimbang
- Melatih minda untuk menahan
- Bersenam bagi membina keyakinan diri
Nikmati saat indah bersama yang tersayang dengan selamat.
Jika anda mempunyai sebarang pertanyaan tambahan, anda boleh klik pada link ini (DoctorOnCall) untuk bercakap dengan pihak kami secara peribadi melalui atas talian bagi mendapatkan penerangan dan nasihat atau rawatan yang diperlukan. Jawapan ini adalah keterangan am tentang masalah yang anda hadapi. Terima kasih.
Hilangkan kegusaran berkenaan kesihatan seksual dengan nasihat daripada pakar yang bertauliah