
elimuhdzulzuhaili
4 tahun
Ubatt antibiotik habis
PADA 16 HB MAC Saya pergi ke klink swasta kerana sakit tekak, batuk dan dakit dada…doktor telah memberi kepada saya ubat antibiotik jenis amoxicillin selain daripda ubat2 lain sperti ubat batuk sakit tekak…pada pagi 18 hb saya ke hospital untuk berjumpa doktor kerana saya masih belum sembuh…doktor di hospital melakukan ujian darah kepada saya dan hasil daripada ujian menunjukan ada sedikit kuman dalam darah saya…doktor di hospital memberi saya ubat batuk ,vitamin c,ubat jenis kumur dan ubat than sakit dan doktor itu suruh saya habiskan antibiotik yg saya dapat dari klinik swasta…pada malam harinya saya dapat tahu kawan saya ada bersalam dengan seseorang yg telah ditahan kerana positif covid 19…dan pada hari yang sama saya ada bersalam dengan kawan saya…tapi kawan saya sehingga sekarang belum ada apa2 simptom dan dia juga telah berhubung dgn pihak keishatan…jadi untuk langkah berjaga2 saya terus ke hospital dan saya telah diperiksa oleh doktor di khemah saringan…doktor telah memberi saya ubat antivral,ubat demam,dan ubat selsema…dan doktor tersebut juga menyuruh saya menghabiskan ubat antibiotik amoxicillin yg saya dapat dari klinik swasta…dan saya diberi kertas kuarintin 14 hari…jadi soalan saya hari ini ubat antibiotik tu dah habis…dan semua farmasi tidak akan jual ubat tu melainkan kena ada surat doktor…untuk makluman sehingga hari ini saya masih batuk dan sakit dada…jadi adakah saya perlu ke hospital semula untuk mendapatkan bekalan ubat antibiotik?

5 tahun
Salam sejahtera
Pemberian serta perskripsi ubat antibiotik adalah dibawah penilaian doktor. Jika antibiotik yang diberikan telah habis dimakan maka untuk menentukan sama ada anda masih perlu untuk meneruskan ubat tersebut ataupun tidak bergantung kepada penilaian doktor terhadapap kesihatan anda sekarang.
Oleh itu, anda hendaklah berjumpa dengan doktor agar pemeriksaan terkini dapat dilakukan serta keputusan sama ada jntuk meneruskan antibiotik ataupun tidak dapat diberitahu.
Untuk mendapatkan maklumat lebih lanjut sila klik pada link ini (DoctorOnCall) untuk bercakap dengan doktor kami secara atas talian atau klik pada link ini (DoctorOnCallEPharma) untuk berhubung dengan farmasi kami.