Sulit
5 tahun
Ujian air kencing positif tpi tiada alahan mngdung
sye tlh membuat ujian air kencing dirumah selame 2 kali ujian menunjukkan sye positif tetapi sye makan nenas mude dan air cola ii terlalu bnyk tiade ape yg berlaku … saye pernh pergi klinik untk check period malangnye die mengatekn sye cume maslh hormon sye sudah 6 bln tak dtg die tak pegang pape dekat perut saye check air kencing di klinik pun tidak … saye baring meniarap selalu membuat senaman yg bole menybabkan keguguran … tapi langsung tkde sakit pape mohon penjelasan doc 
Dr Nur Syuhada binti Zulkifli,
5 tahun
Hai, terima kasih kerana menghubungi kami untuk bertanyakan masalah anda. Saya fahami kebimbangan anda pada masa ini tentang haid yang tidak datang.
Berdasarkan keterangan yang anda berikan, anda perlu memahami bahawa ujian UPT hanyalah satu ujian untuk kehamilan dan terdapat lagi ujian lain seperti ujian darah dan ultrasound. Saya sangat menasihatkan anda untuk melakukan ujian sekali lagi dan memberitahu pihak hospital dengan jelas apa yang anda alami.
Untuk mendapatkan keputusan UPT yang optimum, anda boleh cuba
- Lakukan ujian di awal pagi atau air kencing pertama hari tersebut
- Membaca arahan UPT kit dengan teliti kerana setiap syarikat mengeluarkan kit yang berbeza dan arahan yang berbeza
- Lakukan ujian selapas 2 minggu anda tidak datang haid mengikut kalendar anda
Haid yang tidak datang atau lewat boleh disebabkan oleh banyak perkara, bukan sahaja kehamilan. Antara sebab sebab lain adalah:
- Penggunaan ubat tertentu
• Penyusutan atau peningkatan berat badan yang mendadak
• Senaman
• Tekanan yang berlebihan
• Masalah perubatan - sindrom ovary polycystic (PCOS) atau masalah tiroid
• Penebalan atau polip pada lapisan rahim dan fibroid rahim
• Kontraseptif hormon: Pil kontraseptif atau IUCD
• Awal kehamilan
• Penyusuan
Tempuhi waktu datang bulan anda dengan selesa tanpa kebocoran.
Selain itu, bukan semua wanita akan mengalami alahan ketika mengandung, ianya bergantung kepada individu tersebut. Buah nenas ,air coca cola dan senaman bukan lah penyebab keguguran berlaku. Oleh itu, saya sangat mengesyorkan anda untuk ke klinik dan hospital berdekatan bagi mendapatkan pemeriksaan dan rawatan susulan kerana mungkin masalah anda boleh membawa kepada komplikasi serius.
Anda masih risau tentang haid lewat ? Pakar sakit puan (Gynaecologist) boleh membantu!
Untuk mengetahui lebih mendalam tentang kondisi yang anda sedang alami, anda juga boleh mendapatkan konsultasi dengan doktor kami di (DoctorOnCall) secara peribadi. Terima kasih.

























