
Sulit
4 tahun
Ujian clearblue pregnant 2-3 tetapi bleeding berterusan
Saya berusia 28tahun dan saya hamil pertama. Last period saya 24/7 dan spotting serta lendir coklat keluar pd 4/8 dan 7/8 saya cuba membuat upt clearblue dan positif 2-3weeks. Pada 12/8 saya ke hospital utk pengesahan hamil atau tak dan doc kata scan masih belum nampak kantung. Doc juga menyuruh saya membuat upt sekali lagi utk pengesahan dan masih positif serta doc tidak dapat mengesahkan sama ada saya keguguran. Tetapi sehingga hari ini saya masih lagi keluar spotting dan lendir coklat tetapi sedikit dan selang2 hari. Adakah faktor keguguran jika spotting dan lendir itu atau tidak?

Dr Nur Syuhada binti Zulkifli,
4 tahun
Salam sejahtera, terima kasih atas soalan yang diajukan.
Berdasarkan keterangan di atas, kami memahami kebimbangan anda tentang gejala/masalah yang dihadapi. Untuk makluman pihak anda, spotting boleh disebabkan oleh banyak perkara, antaranya:
- Pendarahan implantasi kehamilan
- Pengambilan pil perancang kehamilan boleh menyebabkan spotting
- Sesetengah wanita mengalami spotting sewaktu ovulasi
- Perubahan hormon akibat perkara seperti gangguan emosi, tekanan, aktiviti harian yang sibuk dan kegiatan lasak
- Terdapat ketumbuhan polip atau fibroid di dalam rahim
Spotting merupakan pendarahan secara minima seperti titisan darah sahaja pada seluar dalam atau pantyliner ataupun semasa mengelap bahagian kelamin dengan tisu. Spotting berlaku dalam tempoh yang singkat sahaja di luar masa haid yang biasa. Anda harus berjumpa dengan doktor sekiranya spotting didatangi dengan simptom lain seperti:
- haid yang lebih panjang dan banyak
- faraj gatal dan merah
- haid tidak teratur atau lewat
- mual
- sakit semasa kencing atau melakukan hubungan seks
- sakit bahagian ari-ari atau pelvis
- lendiran yang abnormal atau berbau keluar dari faraj
- berat badan bertambah
Untuk mengetahui punca masalah yang anda hadapi dengan tepat, maklumat lanjut dam imbasan ultrasound adalah diperlukan sebelum kesimpulan boleh dibuat untuk memastikan anda benar keguguran ataupun tidak. Oleh itu, anda amat disarankan untuk merujuk masalah ini kepada doktor pakar obstetrik yang arif dalam isu-isu kehamilan. Klik pada link ini (DoctorOnCall) untuk bercakap dengan pihak kami secara peribadi melalui atas talian bagi mendapatkan penerangan dan nasihat atau rawatan yang diperlukan. Anda juga boleh mendapatkan pendapat doktor pakar obstetrik kami di sini. Jawapan ini adalah keterangan am tentang masalah yang anda hadapi. Terima kasih.