
Sulit
3 tahun
Ujian darah, mild eosinophilia
Saya seorg perempuan berumur 19 tahun.
Different count: eosinophils 8.0
Absolute count: eosinophils 0.7
Wbc: mildly increased in eosinophils but morphologically normal
Impression: mild eosinophilia
Ini adalah hasil ujian darah saya. Esr saya adalah 32. Mempunyai sejarah period pain sejak 3 tahun yg lalu.
- Apakah punca dan kesan eosinophils melebihi paras normal?
- Adakah eosinophils boleh dikaitkan dengan esr yang tinggi?
- Apakah yang perlu saya lakukan untuk normalkan kembali kedua-dua bahagian ini?

Dr Nur Syuhada binti Zulkifli,
3 tahun
Salam Sejahtera,
Terima kasih atas soalan yang diajukan. Kami akan cuba menerangkan untuk anda.
Eosinophil adalah satu komponen sel darah putih. Selain eosinophil, neutrophil, lymphocyte, basophil dan monocyte juga merupakan komponen sel darah putih yang lain. Eosinophils melindungi tubuh dengan membunuh bakteria dan parasit and ia juga boleh menyebabkan alahan dan tindak balas keradangan lain di tubuh.
Eosinophilia bermaksud peningkatan kuantiti eosinophils dalam darah dan ini boleh disebabkan oleh banyak penyakit. Antaranya :
- Alahan
- Jangkitan parasit
- Keradangan dalam badan
- Penyakit autoimun
- Kanser
ESR (kadar pemendapan erythrocyte) kebiasaanya meningkat sekiranya anda mengalami keradangan dalam badan. Namun, pengambilan sesetengah ubat seperti ubat perancang juga boleh meningkatkan kadar ESR. ESR yang tinggi boleh dikaitkan dengan eosinophilia kerana kedua-dua komponen ini akan meningkat sekiranya terdapat jangkitan atau keradangan dalam tubuh badan.
Kedua-dua komponen ini akan kembali kepada normal jika punca kenaikan kuantiti komponen ini dirawat.
Sila rujuk kepada doktor untuk mendapat maklumat lanjut mengenai perkara ini.
Anda juga boleh berhubung dengan doktor kami secara atas talian untuk penerangan yang lanjut.
Kami berharap jawapan ini membantu anda. Terima kasih.
Klik di sini untuk bercakap dengan doktor.